Friday, January 31, 2014

Minggu 9

Nilai 3, Negeri Sembilan


Pada hari Rabu lepas, aku berpeluang untuk mengikuti salah seorang abang Assistant Engineer untuk turun ke site yang berada di Nilai 3, Negeri Sembilan . Maka, aku bersama-sama dengan dua orang budak praktikal yang lain ikut abang ni sekali ada sorang abang kat office kita pun ikut sekali .

Bergambar dengan manpower dekat sini .

Then, petang semalam kita orang ada meeting knowledge sharing dekat office . Tapi just tamat sebelum pukul 4, sebab ada ucapan perpisahan buat akak admin kita orang . Dia akan pindah ke tempat kerja yang baru . Bila dengar sorang sorang abang-abang engineer/geologist tu buat ucapan, rasa sedih pulak even kita still baru dekat sini . Akak admin tu cantik sangat . Aku suka tengok dia . HAHA .




Sebelum meeting bermula .


Tapi tulah , bila aku berhadapan dengan majlis perpisahan , aku susah gila nak menangis sebab aku ni bukan jenis mudah menangis depan orang kecuali kalau aku rasa sedih gegila , baru aku menangis . Selalu pun , kalau aku sesorang , tak ada orang yang dapat tengok kecuali Allah SWT yang Maha Mengetahui segalanya .

Gambar reramai .

Perpisahan sudah selalu sangat dalam hidup aku . Setiap orang hadir dan pergi dalam hidup aku tanpa mengira tempoh yang lama mahu pun sekejap , perpisahan tetap ada . Yang pasti , Allah turunkan ujian ini bukan meminta kita menangis tapi meminta kita tabah supaya bila ujian itu datang lagi, kita takkan lagi menangis , seolah ujian itu sudah pun kita lali , alah bisa tegal biasa .

Namun , aku masih belum lagi sampai ke tahap itu kerana aku terasa sangatlah rapuh . Aku masih memohon dalam sebak walaupun sebenarnya aku sangatlah tidak suka akan tangisan .

Memang , mendiamkan kesedihan tersangatlah pahit , tetapi kita terpaksa dan seterusnya kita pasrah, kita redha . Apabila kita redha, Maha Suci Allah , Dia akan menggantikan sesuatu yang tidak kita jangkakan . 

Semoga aku terus kuat dan kuat walaupun aku tak dapat lari daripada menangis dalam hati .

Ya Allah, kuatkanlah hatiku ! Aku pasti boleh ! Aku boleh melalui ini semua !

Aku akan terus tersenyum atas ujian-Nya . Insya-Allah :)


2 comments:

Fizi Zaidi said...

setiap yang dtg pasti akan pergi...pratikal mmg best..tambah lagi kalau pekerja tpt kita pratikal tu angap kita cam dh lama kenal..mmg best...

W. Mastura said...

Praktikal mmg best, kena tabah kan hati . HUHU :'(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...