Friday, January 17, 2014

Salam Hari Jumaat

Kacak tak ? Jeng jeng jeng :D

Assalamualaikum .

Sudah lama aku sudah tidak membebel dekat sini dan meluahkan apa yang aku rasa . Aku sebenarnya saja nak menyepi , sebab aku tahu meluahkan masalah takkan pernah dapat menyelesaikan kekusutan hati aku . Tapi aku bersyukur sebab Dia bukakan hati aku untuk mencari cahaya yang telah lama malap .

Jika dulu , aku ketawa dan gembira namun aku alpa dalam mengingatiNya . Jika sekarang , setiap kali aku rasa gembira dan aku hanya menahan tawa dengan senyuman dan aku akan ketawa besar bila aku rasa benda tu lawak sangat sampai berkali-kali terngiang dekat kepala aku dan dalam hati pun berkata , Ya Allah , syukur padaMu , kerana walaupun aku sedih , ada jugak orang di sekeliling aku hiburkan hati aku .

Dan , aku rasa itulah kegembiraan yang paling berkualiti dalam hidup aku . Sambil kita rasa gembira , sambil tu lah kita akan ingat Pencipta rasa gembira itu . Allah Maha Besar lagi Maha Penyayang .

Masa hari Rabu tu , kami ada masuk ke dalam bilik bos . Dia bertanyakan apa yang kami lakukan selama sebulan lebih kami praktikal di sini . Namun , tidak pula aku sangka yang dia akan menyuruh aku menerangkan sesuatu yang berkaitan dengan skop kerja yang aku buat . Tak sangka Matematik yang merupakan kawan baik aku tiba-tiba jauh disebabkan hanya perasaan berdebar dan takut aku pada bos walaupun takut aku pada Allah melebihi segalanya . 

Lepas tu, sambil kami dihujani pelbagai soalan . Dia pun bertanya...

"Berapa jumlah SURAH dalam Al-Quran ? Berapa jumlah AYAT dalam Al-Quran ? Berapa jumlah sebenar ayat bagi Al-Fatihah ? Surah apa yang penting dalam Al-Quran ? Sampai sekarang umur dah 20 tahun lebih , malu tak , sebab tak ambil tahu langsung pasal benda ni ?"


Serius , baru kami terfikir . Ya Allah , kesengalan kami terserlah . Terima kasih bos sebab bukak minda kami sebagai budak praktikal yang tidak di undang . HUHU  >_<

Sampai habis kami di uji diberikan beberapa soalan yang mencabar minda , dia bertanyakan padaku . "Awak nak tukar tempat praktikal ke ?" , aku tersentak daripada lamunan terus saja aku mengeleng sambil tersenyum nipis .

"Awak ada masalah ?" Dia bertanya lagi . Entah kenapa ringan saja kepala aku mengangguk . "Masalah apa , lepas ni awak ceritakan pada saya ." Aku tersentak dan mengeleng sambil berkata "Tak apalah, masalah kecil jeh." Namun, dia menyuruh kawan-kawan aku keluar dan menahan aku sebentar . Kemudian, terus saja dia menyuruh aku duduk di hadapannya dan terus saja aku menangis di hadapannya .

Mesti bos aku ingat aku ni sedih gila . HAHA . Serius malu tapi rasa sedih melebihi segala rasa malu aku untuk meluahkan cerita .

Aku tahu sebenarnya bos aku baik . Ececehh , ayat bodek . Cuma , aku paham cara dia . Aku tak kisah sebab sebelum ni memang aku dah ramai jumpa orang macam dia . Poyo pulak aku . 

Cuma , aku ni jenis takut orang marahlah jugak . Amboi , aku marah sesuki hati je boleh pulak kan . HAHA .

Okaylah , tu je . Seriously, sejak praktikal ni sekali lagi , dunia aku telah pun berpusing 145° darjah . Macam-macam yang aku lalui , dua bulan praktikal rasa macam dua tahun je . Tak tahu kenapa . HAHA .

Nampak tak permainannya dekat situ . Have a nice day . Semoga kita KUAT menjalani ujianNya .

Insya-Allah . Aminnnnnnnnnnnnnnnnn :)


2 comments:

reenapple said...

Sekurangnya ada yang mengingatkan. :D

Fizi Zaidi said...

lama x masuk sini..dah tukar header..cantik sangat...sesuai dgn tuan punya blog :)

nanti dtgbleg fizi lagi ye >| Exceed'III | Degree Design Showcase | Faculty of Art and Engineering Technology | 18 - 20 January 2014
http://blogr.my/fr/158124/opening-degree-design-showcase-fizizaidi.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...