Wednesday, January 1, 2014

Selamat Tahun Baru 2014


Dan , aku terus melangkah sebagai seorang yang berusia 20 tahun pada hari ini .Tiada lagi harus ku bawa sifat yang harus ku tinggalkan di arus masa . Tiada lagi cara yang harus ku tinggalkan di arus zaman , kerana detik-detik ini terus berubah . Merubahku , untuk menjadi seorang yang dewasa .

Aku kembali tersedar , aku adalah orang yang masih hanyut mengimpikan sesuatu yang belum tercapai , dan masa dengan laju meninggalkanku . Aku adalah orang yang selalu disakiti dan diuji , dengan pantas masa meninggalkanku . Sungguh perit pada waktu itu , lantas dengan izin-Nya , dapat aku meninggalkan kisah pahit . Dan , semuanya yang telah mengajar aku menerima hakikat kehidupan .

Dan , aku bersyukur , disebalik semua yang terjadi , Dia telah memberikan aku hikmah selepas berbulan lamanya diuji hanya dengan satu perasaan , Dia memberikan rasa gembira yang tidak terkata padaku dan aku tahu Dia juga mahu menguji aku lagi . Walaupun ini juga berbentuk satu ujian yang bahagia , takkan aku menghilangkan kepercayaanNya dan tidak akan lalai lagi .

Aku sedang berupaya untuk mempelajari lagi kisah di waktu silam , dan pantas aku tidak mahu menoleh lagi . Cukupkah itu semua padaku ? Bukankah Dia sudah berkata , masakan mahu Dia menjanjikan Syurga sedangkan seseorang hambaNya belum diuji ? Aku harus melalui waktu-waktu itu dengan tabah dan sabar .

Semoga tahun baru ini memberikan aku azam dan semangat yang baru untuk mengejar cita-citaku . Insya-Allah .


AZAM SEMPENA TAHUN 2014 

1. Menjadi seorang yang matang & rasional .
2. Berjaya mendapatkan Lesen P Kelas D .
3. Berjaya menamatkan Latihan Industri SEMESTER 4 .
4. Mencapai AKJ untuk SEMESTER 5 .
5. Berusaha untuk meningkatkan perubahan dalam diri .
6. Berusaha untuk berdiplomasi .

Selamat tahun baru korang . Have a nice day. Thank you :)
 


5 comments:

Sally Samsaiman said...

semoga semua azam dapat dicapai! selamat tahun baru!! ^_^

W. Mastura said...

Insya-Allah Kak Sally :)

reenapple said...

Semoga tercapai azam 2014. Wish you all the best in 2014.

Muhammad Khairuddin Lim said...

selamat tahun baru 2014

Pha Is said...

smoga azam tercapai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...