Wednesday, February 26, 2014

Cerita Hari Rabu

Bila curi-curi buat milo :D
Hari ni walaupun penat balik daripada kerja , tetiba rasa nak cerita something . Sebenarnya , sejak praktikal ni , aku baru perasan yang perangai aku dah berubah daripada seorang yang terlalu berani kepada seorang yang malu-malu . Tu kira okay lagi . Tapi , yang tak okay nya , aku asyik rasa takut-takut jeh . Perangai tu yang aku tak suka sangat masa praktikal ni .

Sebenarnya masa dekat politeknik aku seorang yang berani , berani berkata-kata , suka cakap di hadapan , presentor terbaik dalam kelas and then confident level aku pun tinggi . Tapi , entah kenapa masuk sini , aku asyik rasa takut , berhadapan dengan orang baru , berhadapan dengan abang-abang berpangkat Geotechnical Engineer atau abang-abang Geologist dekat sini . Aku tak tahu kenapa . Kadang-kadang , bila dia orang tanya , aku just dapat bercakap dengan rasa takut-takut then kadang-kadang lambat nak reply soalan dia orang .

Disebabkan perasaan tu , aku tak dapat nak tonjolkan diri aku sebenarnya . Bila aku tak dapat nak tonjolkan diri aku yang sebenarnya , budak-budak praktikal yang lain lebih menyerlah dan lebih banyak job serta knowledge daripada aku . Kadang-kadang aku sedih , sebab abang-abang Engineer/Geologist tu macam rasa aku ni tak ada apa-apa . 

Memanglah , dia orang semua tak kedekut ilmu , tapi entahlah . Tapi , yang paling aku terkilan sebab aku tak dapat nak tonjolkan sesuatu dalam presentation aku depan bos . Bos mesti ingat aku ni seorang yang takut-takut , pemalu , padahal aku tak adalah pemalu sangat . Sebelum ni dalam kelas , budak lelaki bahan-bahan aku pun , aku buat bodoh jeh . Suka cakap kuat-kuat , sekarang suka cakap perlahan-lahan pulak .

Entahlah , aku tak nak abang-abang tu kasihan dekat aku disebabkan aku orang susah , nak tolong aku sebab aku orang susah . Aku nak abang-abang tu bagi aku satu peluang untuk sama-sama menjadi seorang jurutera yang betul-betul komited macam dia orang .

Sebab , kecewa patah hati seribu kali pun bila ingat nak jadi jurutera aku terus bersemangat .

Aku tak kira , sebelum aku habis praktikal , aku kena buat sesuatu !

Aku nak dia orang bukak mata lebar-lebar tahu siapa aku sebenarnya ! HAHAHAHA !!

Gerammmnyaaaaaaaaaaaaaaa ! HUHUHU !


13 comments:

Pha Is said...

selamat menonjolkan diri.. heheh

W. Mastura said...

HUHU . Sedihhh . HAHA .

Sally Samsaiman said...

masa praktikal ni masa untuk kita belajar..kena kikis semua perangai yg tak bawak faedah kat kita...

malu takkan bawak kita kemana-mana...so, be strong!

Sobri Yaacob said...

he..he.. adat la practice..
malu bertanya sesat jalan.. terlebih tanya org myampah? so :P ha..ha.

W. Mastura said...

HAHA . Tulah , alahai ... >_<

ziha said...

haa nape ade slh sorg abg2 engineer y mas minat ker?? tu y malu tak?hihi just kidding. do ur best.mase ni la nak asah interpersonal skill. so nt da keluar nak cari kerja senang. :)

W. Mastura said...

Bolehlah minat sikit2 . HAHA , gurau jeh . Tulah , apalah saya ni . HUHU >_<

reenapple said...

Then. I'm wishing you all the best. Good luck. Show your true colour, dear. :)

ziha said...

Haha klu da minat..nt beranikan diri ckp suka.haa boleh?? Hihi

W. Mastura said...

Kak Reen , Insya-Allah . All the best :D

W. Mastura said...

Kak Ziha , hehe baiklah . YEAHH YEAHH !

Tetamu Istimewa said...

Saya percaya anda mampu lakukan. Buktikan sesuatu. Semoga berjaya.

W. Mastura said...

Terima kasih cikgu . HUHU :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...