Tuesday, February 11, 2014

Pesanan


Pulang saja dari tempat kerja, seperti biasa terus saja aku berlalu ke dalam bilik dan membersihkan diri . Kemudian , saja berjalan ke arah dapur untuk meneguk sedikit air sejuk di dalam peti . Dengan cawan yang masih di tangan , aku membawa hingga ke ruang tamu lantas membuka televisyen . Terus saja rumah yang sunyi ini bergema dengan hanya bunyi dari struktur elektronik ini . Dan , lagu itu berkumandang .

Segalanya kaku
Hati terus menangis
Bila mengenangkan
Dirimu telah tiada

Kau pergi tanpa pesan
Tinggal aku sendiri
Menghitung hari
Tiada daya
Hilanglah sepi

Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi

Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih

Doaku kasih kita bersua
Di pintu syurga

Aku terkedu . Lagu ini seolah-olah dicipta untuk mempamerkan situasiku . Laju saja ingatan aku mengingati kiriman pesanan yang dikirim pada sebulan yang lepas . Sekurangnya , dia masih memberikan pesanan , walaupun berbaur nasihat kepadaku . Aku fikir , dia cuma menasihati . Rupanya , disebalik nasihat ada seribu makna yang memberikan impak pada hari-hari sepiku  .

Aku terdengar lagi di radio apabila bersama dengan rakan di dalam kereta . Ia membuatkan waktu gembiraku sedikit terganggu . Lantas , mengheretku jauh ke dalam angan yang tidak berkesudahan di luar jendela . 


"Saya nak minta kalau awak jumpa "insan" yang lebih baik dari saya harap awak terima dia. Tetapi kalau saya terbaik untuk awak, saya akan terima awak seadanya. Tetapi, jika ada orang yang awak rasa sesuai dengan awak, cubalah ambil dia. InsyaAllah, dia mungkin jodoh awak.

Doalah kepada Allah SWT dan Istikharah, agar Allah berikan kita berdua petunjuk. Walau apa pun saya tetap sayang pada awak, kerana awak gerbang pintu hati saya. Awak tetap ada pada saya.

Sayang orang sekadar-kadarnya, benci orang sekadar-kadarnya.
Carilah yang terbaik dalam hidup ini kerana hidup ini hanya sekali !"

Pesanan itu bergema kembali di saat aku kejatuhan .

Bungkam .




6 comments:

Fizi Zaidi said...

kalau dia jodoh awk, perang dingin sekalipun dia tetap hak awk mastura., insyaAllah :)

reenapple said...

Mmmm.. aku bukan yang terbaik nak bagi nasihat dalam soal ni. Tapi aku percaya jika benar dia ditakdirkan untuk kau satu hari nanti, natural will find their own way to let both of you 'meet' again.

Apa-apa pun nasihat dia tu tersangat berguna. Stay strong girl. :)

Sobri Yaacob said...

be strong girl..
apa2 tguk air sgelas dari peti ais..insaallah bleh hilang luka d hati :) ewah :P

+M. said...

sedih muzik blog ni.

W. Mastura said...

Thanks semua . Sy cuba utk kuat . Insya-Allah :)

BUNDA a.k.a KN said...

salam ukhuwah dan salam hujung minggu dari bunda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...