Friday, February 7, 2014

Jumaat yang menyeronokkan

Sri Bangi Horazon Garden, Bangi

Salam Jumaat korang . Okay jangan risau lepas ni aku takkan post bermadah ayat-ayat sedih macam minggu lepas . Ececehh , mentang-mentang tengah gembira . Syukur , Allah masih memberikan kegembiraan dekat aku walaupun jauh di lubuk hati aku menangis . Tapi , tak adalah sedih sangat . Biasa-biasa jeh pun . Bersyukurlah , lebih indah daripada segalanya .




Tengahari tadi kami makan tengahari di Sri Bangi Horazon Garden yang terletak di Seksyen 8, Bangi . Tak sangka kawan setiausaha yang juga sama praktikal di syarikat kejuruteraan kami tu pandai jugak pilih tempat makan yang eksklusif buat staf kita orang ni . 

Kami budak praktikal :D
Seronok sangat lepas makan tu , disebabkan rehat Jumaat ni lama dari pukul 12.30 sampai 2.30 petang , lupa pulak kita orang tumpang member lelaki , maka member lelaki yang praktikal sama dengan kita orang pun tinggalkan kita orang untuk mengerjakan solat Jumaat .

Then , kami seramai tujuh orang . Tujuh orang pulak tu , terpaksa menyumbatkan diri dalam Atos milik salah seorang daripada kami . Haishhh , memang sempit tapi hal itu adalah moment yang paling kelakar dalam hidup aku . HAHA .

Menyempitkan diri >_<

HAHA . Moment yang paling lawak gila . Itu tak masuk buat lawak gelak sampai nak berdekah-dekah pun susah . HAHA .


Sincerely By Us Boutique

Lepas tu , kita orang singgah dekat satu butik ni . Saja cuci mata then kat situ ada wall dengan apa entah yang ada kad bertangkai lidi tu . Ada bentuk misailah, bentuk hatilah, kita orang berposing sakan dalam butik yang ramai dengan orang . Orang tengah beli , usha tudung baju semua pandang jeh kita orang . Memang kita orang kecoh hari ni . HAHA .

Tapi sedih sikit sebab hari ni last day akak Admin kita orang kerja kat sini . 

Saya akan rindukan akak nanti ;)
Even aku baru 2 bulan lebih dekat sini , aku suka tengok akak Admin ni . Suka tengok muka dia , ayu dan cantik sesangat . Aku harap , aku dapat jadi sekuat dia . Insya-Allah :)

Rasa bersyukur sesangat sebab Allah temukan aku dengan orang-orang yang boleh mengembirakan hari-hari aku masa praktikal ni ;)

Apapun , aku akan terus tersenyum dan meniti hari yang indah . Walaupun sepi dan tanpa dia yang mampu dan sudi menemani hati ini , aku akan terus tabahkan hati . Aku akan terus kuat . Walaupun , perasaan itu pedih dan sakit , aku masih mampu tersenyum di atas dugaan ini .

Terima kasih Allah kerana memberikan aku sejuta kegembiraan di sebalik satu kesedihan .

Aku akan terus tersenyum , walaupun menangis dalam hati :)


6 comments:

reenapple said...

We met people with reasons. Stay strong

W. Mastura said...

Yup . Keep calm and stay strong ;)

Sobri Yaacob said...

sweet momentkan..walaupun sempit tapi tetap sumbat..pngalman..saya pun li mcm tu gak..goodluck utk li. :)

W. Mastura said...

Thanks Abang Sobri . Insya-Allah , amin :)

Pha Is said...

pernah pi dah horizon garden ni, tapi yg kat kelantan je..

W. Mastura said...

Oh , tak tahu pulak yang Horizon Garden ada cawangan . Makanan dia pun sedap sedap . HUHU .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...