Saturday, February 22, 2014

Tips Latihan Industri 2014


Assalamualaikum . Alhamdulilah , sudah hampir 3 bulan aku mengikuti program Latihan Industri di bawah Politeknik . Jadi , aku cuma mahu berkongsi sedikit sebagai kakak senior yang prihatin . Ececehh :P

Tips Latihan Industri

1. Mencari tempat Latihan Industri .
Okay . Kalau boleh , carilah tempat yang mungkin akan bagi banyak pengetahuan serta skill nanti masa LI . Kalau boleh , carilah private company . Tapi , kalau still nak dengan company government pun okay sebab ada kawan aku pun banyak kerja jugak even dekat government . Kena pandailah pilih tempat . Biasanya , private company banyak yang menyediakan elaun untuk pelajar praktikal . Jadi , cubalah bertanya mana tahu dia pun ada sediakan sekali elaun or tempat tinggal . Mana tahu ada rezeki dekat situ :)


2. Mengajak kawan bersama dalam Latihan Industri .
Tak salah kalau korang nak ajak kawan baik or kawan sekelas untuk ikut sama satu tempat . Tapi , kena tengok dululah if kawan korang tu seorang yang macam mana . Andai kawan korang tu , seorang yang sukar untuk beri komitmen , janganlah bawa dia bersama . Kelak akan menyusahkan korang nanti . Jadi , pilihlah kawan yang berdedikasi untuk bekerja bersama . Mana tahu dia juga mampu memberikan idea yang bernas juga mahu bekerjasama dengan kita . And then , kalau ada lebih ilmu di dada , mesti dia tidak kedekut untuk berkongsi , betul tak ? Tapi , janganlah bawa ramai pulak . Seorang cukup sebab ramai-ramai boleh timbulkan persaingan yang ketat . Tak tahulah kalau tempat LI korang tu ada budak praktikal dari universiti or politeknik lain , kan ?


3. Persiapan mental dan fizikal .
Kenapa aku sertakan sekali pasal ni ? Sebab , kitakan tak tahu lagi suasana organisasi tempat kita bekerja nanti . So , korang mesti mesti mesti tabah dan kuatkan hati . Apalagi korang yang akan LI dalam kos kejuruteraan yang sangatlah mencabar . Apalagi , masa bekerja ni mesti halangan dia adalah BOS korang sendiri atau staf-staf yang ada di sana . Jadi , siapkanlah mental dan fizikal korang . Kuatkan hati , tau !

Okay . Tu saja daripada aku . Semoga berjaya tamatkan Latihan Industri .

Aku ada lebih kurang sebulan lebih lagi . Tak sabarnya nak balik politeknik tercinta !!! HAHA !



12 comments:

Pha Is said...

pergh.. bagus2.. berguna kepada mereka yg nk berLI..

W. Mastura said...

HUHU . Insya-Allah , saja berkongsi ilmu :D

Sobri Yaacob said...

wah ..tringat zaman blajar poli dlu..
bkn main susah nak wat report..
he..he..

reenapple said...

Unfortunately, aku punya LI dah tamat. :)

W. Mastura said...

HUHU . Abg Sobri , memang susah report baru sampai BAB 3 jeh ni . HAHA .

W. Mastura said...

Kak Reen . Huhu , untung dah lepas . HEHE .

Muhammad Khairuddin Lim said...

http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/2014/02/tasik-banding-perak.html

Sobri Yaacob said...

ya betul tu mastura.. leh refers kat sini klau nak wat report.. good luck ya :P

http://akusobriyaacob.blogspot.com/2013/02/contoh-report-latihan-industri.html

W. Mastura said...

Okay , thanks Abg Sobri :DDDD

Tetamu Istimewa said...

Tips yang terbaik. Moga boleh digunakan kepada sesiapa yang sedang menjalani latihan praktikum industri.

Tetamu Istimewa said...

Tips yang terbaik. Moga boleh digunakan kepada sesiapa yang sedang menjalani latihan praktikum industri.

W. Mastura said...

Insya-Allah, mudah-mudahan ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...