Monday, March 31, 2014

Buku Merah


Seawal pukul 4 pagi , aku sudah terjaga . Pening aku malam tadi . Padahal , aku sudah terlalu mengantuk tapi aku rasa takut pula mahu tidur walaupun hampir 3 bulan tidur bersendirian dalam bilik sewa . Mungkin , sebab pagi Ahad semalam , aku rasa yang aku di'tindih' selepas aku kembali sambung tidur selepas pukul 8.30 pagi . Padahal , malam Sabtu baru aku baca Yasin . Aku terjaga pukul 11.30 pagi , terus aku berlari ke ruang tamu . 

Dan , selepas Subuh tadi , aku terus bersiap . Disebabkan aku akan bergambar pasport nanti , aku tempek BB Cream Garnier di wajahku sekali bedak kompak . Dari tak pakai mekap , terus mekap bhai . HAHA . Yelah , aku tak nak gambar pasport sama gelap macam IC aku . Aishhh , rasa nak tukar IC baru jeh !

Dan , sampai sana , Alhamdulilah . Barisan yang beratur cuma ada 3/4 orang semasa aku sampai dan aku dapat no giliran orang yang 26 . YEAHH .


Sebenarnya , aku memang sudah ada pasport cuma aku mahu memperbaharui semula sebab habis praktikal , aku akan ikut Mak Ngah aku berjalan . Dekat mana , adalah . HEHE .

Last sekali aku berjalan masa perniagaan ayah ibu masih stabil adalah masa aku baru lepas habis PMR . Memang budak-budak sangatlah muka aku tuh . Tengok pada entri ini  .



Tapi , kali ini aku seorang sahaja yang dapat ikut . Ibu, ayah dan adik beradik aku yang lain tidak . Sedih rasanya , nak renew pasport untuk 2 tahun = RM100 , aku hanya guna duit elaun yang cuma RM300 , sewa rumah nasib baik cuma RM150 sebab aku cuma duduk di sini sampai 18 hb . Jadi , selebihnya duit belanja aku pada bulan ini .

Nasib baik tiket , Mak Ngah aku belanja . Kalau tak , harap aku nak terbang . Aku ingat , maybe aku pergi lama sikit sebab cuti semester sebulan lebih yoo !

Ini baru berjalan , kalau study oversea , memang aku tak sanggup tinggalkan parents aku susah dekat sini . 


Muka aku pun dah banyak berubah setelah 6 tahun . HAHA .


Tak sabar nak menenaaaaaaaaaaaaanggkan jiwa & raga aku yang terseksa di sini . Aku target , sebelum masuk Semester 5 , aku mesti lupakan orang yang aku cinta . Aku mesti !

*sambil kepalkan tangan tumbuk angin .


YEAHHH !


20 comments:

reenapple said...

Harap berjaya melupakan dia. :)

W. Mastura said...

Insya-Allah . Thanks Kak Reen :)

Fizi Zaidi said...

kalau rasa kapel tu x penting..better u belajar sampai habis dulu..and one more, tu muka form3 ke..hik3

W. Mastura said...

HEHE . Saya bukannya couple , tapi saya sukakan seseorang . HAHA . Yelah , muka FORM 3 . HUHU .

Sobri Yaacob said...

he..he..saya punya pasport x perlu update lg.. he..he..
lainnya rupa :P

W. Mastura said...

Untunglah sebab Abg Sobri selalu melancong . HAHA >_<

Sobri Yaacob said...

kah..kah mlancong la..sangat..alhamdulilah rezeki.. he..he..mnabung :P

W. Mastura said...

HIHI . Yela , Abg Sobri kan penasihat pelancongan kita . HIHI . TQ Abg Sobri :)

Sobri Yaacob said...

iye la tu..perli ke apa.. mastura :P

Yun Sing said...

Waa.. tapi macam sama je muka tu xD

Pha Is said...

waa.. bercuti sampai obersea tu... selamat bercuti..

p/s : kalau cinta, buat apa nk dilupakan..? hehehe

W. Mastura said...

Abg Sobri : HAHA . Gurau je bang . HIHI :D

W. Mastura said...

Yun Sing : HEHE . Sama sikit kut . HUHU.

W. Mastura said...

Abg Pha Is : Thanks Abg Pha Is .

Betul ke ? Tulah saya rasa tak boleh lupakan dia sebab dia baik orangnya . HIHI .

Sobri Yaacob said...

ha..ha.. baik bos :P

Sally Samsaiman said...

Jom teman kak Sally travel..! ;)

W. Mastura said...

Abg Sobri . HEHE :P

W. Mastura said...

Kak Sally . HIHI . Nak ikut . HIHI . :D

Sobri Yaacob said...

eh dlm entr tu sapa yg tindih?? he..he.. mesti pnunggu rumah sewa ha..ha.. scary x?
mnabubg colgate

W. Mastura said...

Sayalah Abg Sobri . Lepas ni , saya bukan baca 3qul jeh , ayat kursi , selawat sapu je semua . HAHA . Cuak .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...