Wednesday, March 5, 2014

Kenangan Si Coklat


Hari ini adalah hari ketiga aku puasa ganti . Bila puasa , baru rasa hati aku lebih tenang walaupun Isnin lepas asyik fikir pasal makanan saja . Badan lemah sangat bila hari pertama puasa . Alhamdulilah , hari semalam dengan hari ni tidak adalah lemah sangat cuma rasa lapar saja .

Pagi tadi , aku tumpang rakan sepraktikal tempat kerja ke Petronas untuk beli topup then beli 2 coklat , satu aku bagi dekat dia sebab itu saja aku mampu bagi sebagai tanda terima kasih sebab selalu tumpangkan aku . Lepas berbuka dan solat , sambil bermain Facebook juga aku mengunyah coklat . Sedap sangat , tak sedar dah tinggal separuh .

Lepas tu aku teringat pada 3 bulan yang lepas . Masa aku keluar dengan 'dia' dan kami keluar buat kali pertama . Aku menunggu dia di hadapan restoran Mc'Donald di Stesen KL Sentral dan bila kami bersua , terus saja dia menghulurkan plastik . Dalam plastik tu ada coklat . Walaupun pemberian tu biasa , aku terharu sangat sebab belum pernah ada lelaki pun bagi hadiah coklat dekat aku .

Lepas itu , kami bersama-sama menaiki tren KTM ke MidValley untuk berjalan-jalan di sana . Kami bercerita , bergurau senda , berjalan mengelilingi MidValley dan The Garden . Itulah kali pertama dan terakhir aku keluar bersama dengan orang yang aku cinta selepas hampir 2 tahun aku sendirian sukakan orang lain dalam diam . Akhirnya , cintakan dia juga .

Selang beberapa minggu itu , kasih terputus selepas pesanan itu . Sudah hampir 3 bulan kita menyepikan diri tanpa khabar .

Dan , aku cuba kembali berubah kepadaNya . Aku banyak membaca di sini .

Coklat itu memberikan kenangan yang indah . Saya masih menunggu awak , walaupun lepas semester ini kita akan bersua lagi , saya masih tidak tahu yang saya mampu atau tidak untuk melihat awak . Kalau Allah temukan kita sekali lagi ....



9 comments:

reenapple said...

Susah nak lupa bila apa yang kita suka itu bagi kenangan. Sama ada kenangan pahit atau manis.

W. Mastura said...

Betul tu . Sedihnya bila teringat .

Nur adilla said...

mastura ,, kes cinta yg dgn dila ,cuma dila xprnah jumpa .

hopefully , ada hikmah n hrap mastura bsabar yea :)

Pha Is said...

selamat berpuasa..

W. Mastura said...

:)

Sally Samsaiman said...

I just can't comment anything..I'm not a good advicer...huhu... :)

W. Mastura said...

Tak apa Kak Sally . Mas just nak luahkan perasaan rindu je . HIHI .

Tetamu Istimewa said...

Barangkali bukan jodoh yang ditentukan-Nya lagi.

W. Mastura said...

Rasanya , terpaksa menghadapi kenyataan ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...