Saturday, March 1, 2014

Latihan Indusri Minggu Ke-13

Siapkan kerja sebelum balik :D


Assalamualaikum semua . Sebenarnya minggu ni tiada apa yang special pun . Semalam , kita orang sama-sama rehat dekat Alamanda , Putrajaya . Yelah , office kita orang dekat jeh nak pergi Alamanda . Tapi , dekat sana ada something buat aku rasa marah dekat diri sendiri sebab hal sekecil tu pun aku tak tahu nak handle . Boleh pulak masa makan , aku ter'menangis' depan dia orang . Segan tapi air mata ni tak dapat nak berhenti .

Dia orang terkejut tiba-tiba aku menangis depan rezeki , padahal sebelum ni dia orang memang nampak aku ni seorang yang ceria , happy-go-lucky tapi sampai saat tu , aku tak boleh nak hilangkan kesedihan aku tentang hidup ni . Aku tahu , sepatutnya kita tak boleh nak menangis tentang hidup yang taklah kekal mana ni , yang patutnya kita menangis adalah rindukan Allah , rindukan SyurgaNya , rasa bersalah di atas setiap dosa-dosa .

Tapi , kadang-kadang bila aku dah penat bertahan dan kuat , kadang-kadang hati aku rapuh . Bila aku bersendirian , kadang-kadang masa tu jugak aku mengenangkan dugaan yang melanda selama bertahun-tahun ni .
Tapi , sekurangnya aku bersyukur . Walaupun aku banyak kekurangan dan kelemahan , Allah temukan aku dengan orang-orang yang selalu buat aku gembira masa praktikal ni .

Dia orang banyak nasihatkan aku walaupun baru kenal aku dua tiga bulan ni . Tak berkira dengan aku soal wang , masa dan sebagainya . Susah nak cari kawan macam dia orang kalau dekat politeknik .
Thanks bawak aku makan KFC , kawan-kawan ;)
Apapun , walaupun aku menghadapi kesukaran , sekurangnya aku bersyukur Allah temukan aku dengan insan-insan yang dapat melengkapkan kekurangan aku . Alhamdulilah ;)



11 comments:

Pha Is said...

gambar 1st tu nmpak matang.. hehehe

W. Mastura said...

HUHU . Amboi , mentang-mentanglah gambar saya pakai spec . HIHI >_<

Sobri Yaacob said...

ya..dalam kekuatan mesti ada klemahan.. be strong girls :P

W. Mastura said...

:)

Tetamu Istimewa said...

Itulah pentingnya persahabatan. Sentiasa berkongsi susah dan senang.

ziha said...

seronok ms zaman belajar ni..nt da kerja mst akn rindu zmn ni. hargailah ms2 yg ada bsm kwn2..sementara msih single...hehe

reenapple said...

Perempuan dengan air mata memang tak boleh dipisahkan. Itu anugerah ALLAH untuk perempuan. Untuk melepaskan tekanan di jiwa.

Pha Is said...

haha.. nmpak macam wanita berkerjaya gitu.. hehe

W. Mastura said...

Insya-Allah . Saya cuba untuk bertahan lagi . HIHI . Thanks Abg Pha Is , Kak Ziha , Kak Reen dan Cikgu Helmi :)

Sally Samsaiman said...

There's always something good about yourself girl :)

W. Mastura said...

Thank you so much Kak Sally :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...