Friday, March 14, 2014

Latihan Industri Minggu 15

Tapak Cerun
Assalamualaikum . Alhamdulilah , lagi 5 minggu sahaja masa untuk aku dan kawan-kawan sepraktikal yang lain akan tamat Latihan Industri di bawah Jabatan Pengajian Politeknik . 

Rezeki :D
Hari Rabu lepas , ada seorang staf yang sudi berikan aku 2 helai baju kurung (baru lagi , dia kata baju tu tak sama saiz untuk dia), sepasang kasut dan sehelai selendang hitam . Ramai kekawan aku kata , akak staf tu bagi aku sebab selalu nampak aku tak pakai baju kurung datang office then dia terdengar yang aku ni tak ada baju kurung baru . Last baju raya aku pun 5 tahun lepas . Aku rasa bersyukur sangat sebab dari hari tu , aku teringin nak baju kurung cotton tapi aku tak cukup duit untuk beli . Alhamdulilah , disebabkan aku tak sedap hati just terima , aku pun hadiahkan akak tu coklat satu peket besar . HIHI :D

Nando's The Mines
Rehat semalam pun rezeki kita orang lagi . Masa kita orang nak keluar makan , tiba-tiba bos tanya kita orang nak makan mana ? Aku cakaplah , aku tak tahu aku just tumpang dia orang jeh . Sekali tu , dia panggil aku ikut dia sampai bilik meeting , ambil dompet then keluarkan 2 not RM100 . Dia kata duit ni untuk belanja makan untuk budak praktikal , nanti bagi resit serta baki dekat dia . Lepas tu dia gurau, jangan pulak aku yang ambil . Aku just gelak-gelak the rushing pergi sampai aku terlupa nak cakap terima kasih bos ! HUHU . Bos , sorry . Terima kasih walaupun bakinya cuma RM16.30 jeh . HUHU >_<

Then , hari ini kami semua pergi ke site !

Tugas aku : Sketch Site Photo
Hari ni , kami semua belajar untuk ambil data di tapak . Lokasi yang terpilih adalah Bukit Jalil . Memang mencabar jugalah bila sudah bekerja dalam bidang Kejuruteraan Geoteknik ni . Apalagi, kita kena belajar sebagai asas dalam bidang Geologi (Mekanik Tanah) .

Muka penat mendaki -Taman Bukit Jalil-
Bila akak geologist terangkan tentang jenis batuan .
Berada di atas cerun yang sudah dipulihkan oleh Soil Nailing .
 Bagi cerun ni , ni cerun ketiga kami pergi selepas waktu solat Jumaat . Memang mencabar jugak , kita orang mendaki cerun yang sudah dipulihkan . Sebelum ni , selalu tengok jenis remedial slope ni masa lalu dekat highway , sekarang dah dapat jalan-jalan atas cerun ni . Seronok !

GFU terbaekk wokk (Y)
Bakal-bakal jurutera :D

Walaupun kami perempuan , kami tetap boleh kejar impian kami untuk menjadi seorang jurutera !

Terbaekk wokk (Y)

Sudah semestinya aku akan rindu pengalaman yang penuh ilmu di dada :)



12 comments:

BUNDA a.k.a KN said...

Salam ukhuwah dan salam ziarah dari bunda....

#DoaUntukMH370 :(

Sally Samsaiman said...

best kan kalau praktikal kita dapat buat benda yg sepatutnya..hehehe :D

Sobri Yaacob said...

seiusly li..memng sweet moment compare waktu keja betul..
kna plak tempat li akak2 x sombong.. bos baik...

utunglah dpt bju n bos blnja :P

menabung nuff :P

W. Mastura said...

Kak Sally , memang seronok dan sangat faham apa yang dipelajari . HIHI >_<

W. Mastura said...

Alhamdulilah rezeki jangan ditolak . Memang , environment tu penting . Seronok rasa macam dah lama kerja kat sini pulak . HUHU ;)

reenapple said...

Seronok bila masa praktikal dapat blajar benda yg sepatutnya kita didedahkan. Huuu.

W. Mastura said...

Memang seronok dan tidak membosankan . Dapat lagi berjalan :D

Pha Is said...

bagus2.. panas terik sang mentari dan jerit perih mendaki bukit bukan penghalang untuk bergelar jurutera.. hehehe...

Sobri Yaacob said...

alhamdulilah.:P

Tetamu Istimewa said...

Berminat baca cerpen tak?

Saya menawarkan "harga istimewa untuk pelajar" untuk pembelian buku saya Tetamu Istimewa. Boleh emel saya jika berminat. Sekian, terima kasih.

W. Mastura said...

Abg Phais , betul-betul . HEHE :D

W. Mastura said...

Cikgu, sama-sama ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...