Tuesday, March 25, 2014

Masa


Bila skrin komputer di pandang sepi .

Rasa bosan sangat , walaupun perlu mengadap pelan lukisan dan membuat pengiraan serta formula matematika yang kelihatan rumit . Terus sahaja ingatanku laju mengingati sesuatu . Macam manalah aku harus menghadapi hari-hari ini ? Bersendirian berdikari merentasi masa . Bersukaria dengan rakan-rakan yang sama praktikal di pejabat .

Sedih itu tetap ada , cuma aku sahaja yang perlu pandai sembunyikan .

Ohh , Mastura tolong jangan sesekali menangis di pejabat walaupun bukan sebab kerja dan bos .

Tetapi , air mata itu turun jua .

Oh Allah , bilakah duka disebabkan hidup , cinta dan rindu ini akan selesai ?

Jangan risau Mastura , masa akan berlalu juga . Latihan Industri akan tamat juga .

Cuti semester akan habis tempoh . Kemudian , Semester 5 dan 6 akan berakhir .
Ketika umurku sudah pun mencecah 21 tahun .

Walaupun , kisah cinta aku pun tergantung .
Ia terus menghitung hari sehingga berjumpa cinta yang baru .
Atau , mungkin cinta ini juga yang bertemu kembali ? Mungkin .

Dan , aku akan berpisah dengan mereka juga . 

Serta , kenangan manis di sini akan menerpa di saat-saat suramku jua . 
Sekali dengan air mata rindu ? Mungkin .

Tanpaku sedar , sambil mengingati sudah tak sudah berbulan lamanya masa dibiarkan begitu sahaja .

Kalaulah dapat dibuang hati dan perasaan ini , tidak perlu difikirkan orang .




3 comments:

Pha Is said...

jgn sedih2 lagi yer.. in the end, everything will be just fine..

Sobri Yaacob said...

sabar ok.. ;P

Yun Sing said...

Sabarlah ye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...