Friday, April 11, 2014

Oh Minggu 19



Minggu di mana abang-abang jurutera berkata 'Eh , sekejapnya dah habis praktikal , alah baru nak mesra-mesra .' Geli hati bercampur sedih aku dengar .

'Alah , lepas ni mesti dah tak dengar suara orang gelak ketawa dekat sini .' Aishh , Abang Syafiq dengan Abang Uzair ni buat aku jadi tak keruan pula untuk menghadapi perpisahan ini .

Rupanya , begini rasanya jika berpisah di tempat kerja . Selama ini , sudah hampir 3 kali aku berpisah dengan rakan sekerja aku di kedai pakaian BB Kim Wah (Tingkatan 4 - 2 bulan) , Aeon Cheras Selatan (kerja lepas SPM - 6 bulan) dan sekarang (Kumpulan IKRAM - 4 bulan setengah) .

Abang-abang ni jeh kawan aku masa praktikal ni . Sejak aku dekat politeknik , aku tak rapat dengan mana-mana budak lelaki pun dalam kelas . Kalau ada pun kadang-kadang . Sebab , maybe dia orang pun tak suka dengan cara aku yang agak 'berkelelakian' dalam kelas .

Tapi , bila aku dalam syarikat ni , aku ubah diri aku untuk lebih menjadi seorang perempuan yang sebenar walaupun aku dan kameja + seluar slack + vest tidak dapat dipisahkan . Kadang-kadang jeh aku pakai baju kurung . Tapi , sekurangnya aku tak adalah kasar dekat sini , bercakap dengan sopan dan lemah lembut .

Sampai kena bahan dengan abang geologis ni kata aku suka cakap dengan 'skema' . Err .

Apapun , aku pasti rindu mereka . Semua . 

HUHU . Aku sedih . Lepas ni dah tak dapat dengar dia orang buat lawak setiap hari :'(

Alhamdulilah , report dah nak siap . Dah dapat tarikh kena present 30hb dekat poli nanti :)




11 comments:

Pha Is said...

lemah lembut yer.. hehehe..
good luck present..

Fizi Zaidi said...

sekejap je kan masa berlalu...lepas nie pasti rindukan tempat nie..hihi

W. Mastura said...

Abg Pha Is , lemah lembut sangat . HIHI . Terima kasih :)

W. Mastura said...

Abg Fizi , betul tu . Rasa taknak pergi . HIHI >_<

Sobri Yaacob said...

sedihkan..apa yg mennati lpas ni..nak buat report panjag berjela2..aduyai..

W. Mastura said...

HIHI . Alhamdulilah , saya dah nak siap . Tinggal nak print jeh ni . Apa yang menanti , kena menghadap lecturer kat poli lepas ni . HUHU >_<

Pha Is said...

sama2:)

Sobri Yaacob said...

ish awal siap..dasyat..ha..ha

W. Mastura said...

Abg Pha Is, :)

Abg Sobri , dasyat kan . HAHA .

Sally Samsaiman said...

Best of luck utk presentation :)

Yun Sing said...

Rajin.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...