Wednesday, April 23, 2014

Rabu



Cuti semester sebenarnya telah pun bermula setelah hari terakhir aku menjalani Latihan Industri . Hari ini hari ke-5 aku terperap di dalam rumah setelah keluar dari rumah sewa di Bangi malam Jumaat lepas . Aku terfikir, macam mana dekat office sekarang . Mesti Abang Syafiq & Abang Uzair rindu nak mintak tolong aku untuk binding report . HAHA . Aku rindu segala apa yang ada di office .

Aku menyiapkan saki baki jurnal yang masih belum siap pada minggu terakhir . Dua hari majlis perpisahan , aku cuma tampal saja tentatif program . Memang tak ada kerja pun pada hari tersebut . Selesai masalah . Minggu depan baru aku mendaftar tamat Latihan Industri . Lambat . Politeknik lain sudah pun selesai . Kami datang semasa politeknik ketiadaan orang .

Aku mengeluh lagi . Aku tahu ia tidak baik . Banyak benar yang aku lalui hingga menganggu tidur malamku . Tentang cinta , persahabatan , keluarga , kewangan dan segalanya . Sekurangnya , aku lega hanya tinggal setahun untuk menamatkan Diploma .

Dan , dia . Aku tahu dia akan pulang dari politeknik pada hari ini setelah kertas peperiksaan yang terakhir . Jika pada semester lepas , hari terakhir peperiksaan kami masih menghantar mesej . Keadaan lain benar sekarang hingga aku terpaksa menerima hakikat berbulan lamanya . Hingga aku terpaksa menelan pahit setiap saat lamanya .

Hari lahirnya bakal menjelma bulan hadapan . Hadiah yang sudah lama aku ingin berikan padanya, masih lagi dalam simpanan aku . Aku fikir , aku sempat menghadiahkannya pada cuti semester Bulan Februari . Tapi , tidak sangka sebelum itu , cinta itu telah pun sepi .

Hari lahirnya bakal menjelma bulan hadapan . Terasa mudah , ingin sahaja hati ini ingin mengucapkan sesuatu . Ego aku mudah sahaja luntur. Tapi , aku takut jikalau dia membalas sekadar nak tak nak seperti aku bertanyakan khabarnya hari itu . Aku menangis lagi , walaupun di hadapan komputer semasa bekerja . Entah berapa banyak air mata aku tumpahkan hanya kerana cinta yang telah hilang .

Entahlah , aku mungkin telah berhenti berharap . Keadaan yang bakal terjadi aku akan tempuhi dengan redha . Tapi , aku masih tidak dapat membuang perasaan ini tulus dari hati . Aku masih sukakan dia . Rindu akan terus menjelma dan tak pernah hilang . Seandainya bukan dia , aku masih mengharapkan Illahi , Dia yang akan memberikan yang terbaik .

Dan , aku terpaksa terus melangkah demi mengapai cita-cita yang masih belum tercapai .


*Temuduga Latihan Industri : 30.04.2014
*Pesta Buku di PWTC : 02.05.2014




10 comments:

reenapple said...

In order to full forget him, you must learn how to be ego, Itu yang aku buat untuk lupakan someone dulu. And it works. It's up on you. Mungkin belajar melepaskan lebih baik dari masih berharap. Kita yang akan makin terluka. Akibat penipuan pada diri sendniri

W. Mastura said...

Betul tu. Dulu saya pernah ego , tapi entahlah mungkin dia pernah baik dengan saya ;)

Sobri Yaacob said...

fullamak dah abis li dah..tahniah..it time for report..tapi memng terasa baru2 berpisah ni... he..he..
semoga trus maju jaya ok :P

Yun Sing said...

Semoga berjaya dalam hidup :)

W. Mastura said...

Insya-Allah . Thanks Abg Sobri & Yun Sing :)

Pha Is said...

semoga segalanya dipermudahkanNYa..

W. Mastura said...

Insya-Allah , amin :)

Pha Is said...

amiin.. :)

Sally Samsaiman said...

you just need to move on...yet its impossible to forget him...need to see Happy Mastura though :)

W. Mastura said...

Thanks Kak Sally :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...