Sunday, April 6, 2014

Sweetnya Minggu 18

Pagi-pagi dah bergambar :P

Minggu ini aku masih sibuk menyiapkan projek Soil Nailing sekaligus mencuri-curi masa untuk menulis Laporan Akhir Latihan Industri . HAHA . 

Sebenarnya , minggu ni bos ada jumpa kawan yang sama praktikal aku sebab dia tu diletakkan bawah bos . Bos aku ada tanya bila last day , then kawan aku katalah 18hb nanti .

Terus dia decide 
16hb ---> Ada knowledge sharing + ucapan perpisahan daripada practical student .
17hb ---> Bos nak akak Admin decide satu tempat yang besar untuk belanja satu office makan. YEAHH !
18hb ---> Bos nak budak praktikal buat persembahan . Mesti dia nak kita orang nyanyi lagu perpisahan .

Dan , sekarang aku ada idea nak nyanyi lagu apa .

1. Kenangan Terindah - Samson
2. Memori Tercipta - Shila Amzah
3. Doa Perpisahan - Brothers
4. Gemuruh - Faizal Tahir 

Ada sorang kawan praktikal aku nak nombor satu sebab maybe lirik dia senang . Tapi , bagi aku dah bosan lagu ni selalu dibuat persembahan masa sekolah dulu . Bagi aku , aku rasa sesuai nombor 2 dan 3 (kalau sedih) dan kalau nak happening , nombor 2 dan 4 . Tapi , dia orang nak sedih jugak supaya abang-abang engineer/geologis tu ingat dekat kita orang . Chewwahh !

Makan lagi . Nasi Ayam Penyet , Bandai Baru Bangi Seksyen 4 . Klien bos bagi duit belanja :D

Okay . Ini cerita petang minggu . Ceritanya kakak senior aku masa dekat sekolah a.k.a kakak sepupu sahabat baik aku bertunang hari ini .Umur dia baru 21 tahun kut . Setahun tua daripada aku . Wahh , alhamdulilah . Kata orang ada jodoh tak kemana . HIHI .

Selfie reramai dengan monopod dulu .
Makan time :)
Bila orang dah balik pun selfie lagi . Anak dara di samping tunang orang . HAHA .

Lepas ni giliran siapa pulak Aidah ?
Tapi aku malas nak tunang , tunang sehari cukuplah then terus kahwin . HAHA .

Lagi satu , sekarang ni memang ramai orang kahwin muda eh ? HIHI .

Aku ? Maybe lagi 6 tahun . Alasan , sebab aku nak jadi jurutera dulu . 
Cehhh  :P


15 comments:

reenapple said...

Mohon nyanyi lagu Kenangan Terindah.

Yun Sing said...

Waa.. banyak event besar-besar ye.. semoga segalanya berjalan lancar :)

Tetamu Istimewa said...

Betul ke ramai kahwin muda sekarang ni? emmm...

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, saudari Mastura. Saya membuat tawaran baru untuk pembelian buku saya Tetamu Istimewa. Jangan lepaskan peluang ini untuk memilikinya. Jom, jenguk ke blog saya. Terima kasih.

W. Mastura said...

Kak Reen . Alahhh . HIHI .

W. Mastura said...

Yun Sing, terima kasih :)

W. Mastura said...

Cikgu , ramai la jugak kawan saya yang dah tunang/kahwin . Maybe sebab dia orang tak sambung belajar kut . HUHU . Insya-Allah :)

Sobri Yaacob said...

wah bos siap request nak lagu perpisahan..
kalau saya suka lagu yg rancak2.. tapi kalau nak save ambil lagu yg da hfamiliur je,, untunglah nak mkan besar.. he..he.. digi x3

W. Mastura said...

HAHA . Taklah, Abg Sobri . Bos nak kita orang buat persembahan . Lagu tu , Mas yang cadangkan kat kekawan . Tak tahu nak nyanyi lagu apa ? HAHA .

HAHA . Alhamdulilah, rezeki :))

Ammar Yasir said...

Ni mesti nak habis belajar dah kan?

W. Mastura said...

Ammar , belum lagi . Ada lagi 2 SEM baru habis Diploma . HUHU :)

Pha Is said...

bagus2.. kawin kalau dah bersedia, jgn terikut2 orang.. :)

W. Mastura said...

HUHU . Betul tu Abg Pha Is , macam mana nak ikut , calon pun dah hilang . HIHI .

Pha Is said...

hilang..??? kesiannya.. hehehe.. macam mana la boleh hilang ni.. mastura letak kat merata-rata kot.. hehehe...

W. Mastura said...

HAHAHA :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...