Saturday, May 3, 2014

Cerita Kita



 
        
       Setelah beberapa hari pulang dari Global Leadership Programme , Su , rakan sekelasku ada mengajak aku untuk ikut serta menjadi runner bagi kursus Debate English yang dianjurkan oleh Panitia English di bawah Jabatan Pengajian Am di politeknik . Aku mengikutinya kursus yang diadakan di dewan kuliah utama pada hari Sabtu dan Ahad walaupun penat aku masih belum hilang . Rupanya peserta kursus tersebut ramai daripada junior aku yang masih berada di Semester 1 dalam bidang yang sama juga .

Disebabkan bilangan peserta hanya lebih kurang 30 orang sahaja , lecturer Communication English 1 semasa aku Semester 1 , Madam A mahu aku dan Su berdebat sekali dan menyertai mereka . Aku dan Su serta lagi dua orang adik senior berada dalam kumpulan Opening Government . Su menepuk dahi apabila aku tersilap menyebut nama Deputy Leader of the Opposition bagi melawan hujah Leader of the Opposition . Padahal , Deputy belum lagi muncul menyampaikan hujahnya . HAHA .

      Semasa aku menyampaikan debat aku dalam Bahasa Inggeris , aku terpandang salah seorang dari mereka yang sedang menyaksikan kumpulan kami . Entah kenapa , aku rasa suka tengok dia senyum masa aku bercakap di hadapan . Hari kedua kursus tersebut , aku cuba mahu mendengar namanya tapi aku masih tidak tahu . Tapi , wajahnya aku ingat . Pulang ke asrama , aku lukis wajahnya dan tampal di board .

Setelah itu , cuti study week datang lagi . Aku langsung tidak pulang ke rumah kerana mahu menghabiskan seminggu terakhir untuk belajar . Entah kenapa , aku teringat kepada budak lelaki yang aku jumpa masa kursus . Terus sahaja aku mencari dalam geng-geng yang sama semester dengan dia dalam Facebook. Tapi , hanya kawan-kawan dia sahaja yang aku jumpa terus aku add sebagai rakan .

Pada hari Jumaat malam Sabtu , aku mimpi aneh . Aku berada dalam sebuah bilik pejabat . Perabotnya semuanya diperbuat daripada kayu kecuali kerusi yang aku duduki . Seperti dalam bilik majikan . Tiba-tiba , seorang lelaki tua masuk dan duduk di hadapan meja kerjaku menghulurkan cincin di atas meja .

Sekotak cincin bersegi empat .
      Dan , aku terus mengeleng seraya berkata "Saya tidak mahu. Saya mahu yang lain,". Terus sahaja dia mengambil cincin dengan cermat dan berlalu ke luar pintu berwarna coklat keperangan . Laju sahaja cahaya menembusi kamar pejabat . Tiba-tiba , masuk pula seorang mak cik mungkin lebih tua sedikit dari ibuku . Dia bersama dengan seorang lelaki muda . Pada fikiran aku , mungkin lelaki muda itu anaknya . Dia cuma berjalan menunduk sampailah duduk bersebelahan ibunya di hadapan mejaku . Aku memandang kembali mak cik tersebut.

       "Nak , sudikah anak terima anak saya ?" Terus sahaja mak cik tersebut berkata sambil menghulurkan cincin seperti orang tua lelaki tadi . Aku memandang lelaki muda itu sekilas . Dia berkacamata dan matanya kecil . Wajahnya suram menunduk memandang lantai . Aku kembali memandang wajah mak cik tersebut sambil berkata, "Baiklah , saya terima." sambil aku mengambil sekotak cincin ke hadapanku . Terus sahaja mak cik itu beredar dengan wajah bersinar sambil mengucapkan terima kasih diikuti anaknya yang masih menunduk . Aku terasa pelik , seperti aku pernah jumpa orang itu . Aku pernah jumpa lelaki itu .

Aku tersentak daripada tidur . Jam menunjukkan hampir pukul 6 pagi . Baru lebih dua jam aku tidur setelah belajar Hidraulik lewat malam . Lantas , aku terdengar tawa seorang roommateku yang masih melayan Running Man sampai ke pagi . Aku terus bangkit dan berlalu ke pili air untuk mengambil wuduk . Setelas solat Subuh , aku cuba untuk banyakkan beristigfar . Mungkin aku terlalu banyak berfikir barangkali . Peperiksaan akhir Semester 3 semakin hampir , semakin sesak hati aku dibuatnya .

Malam Ahad , baru aku menjumpai Facebook budak lelaki tersebut . Rupanya namanya A . Malam itu , aku ditemani Ijah di biliknya . Dia pun belum pulang ke rumah . Semasa aku membuat latihan Engineering Mathematics 3 sambil mendengar lagu dan online di Facebook , aku menerima notification . Salah seorang peserta daripada kursus tersebut menerima friend request aku . Namanya E . Lantas , aku ternampak dia memasukkan gambar semasa kursus lepas . Baru aku teringat , rupanya dia yang jadi Deputy Leader of the Opposition semasa giliran kumpulan kami . Gambar yang dia mendapat sebuah plate bersama peserta yang lain . Mungkin kerana dia adalah peserta yang terbaik menyampaikan debat dalam Bahasa Inggeris . Entah kenapa , aku menulis komen gurauan . Terus sahaja aku bertanyakan dia mahukan nota softcopy dan aku katakan , aku menghantar di emelnya . Dia berkata okey .

E menegur aku di chat . Mungkin sambil menunggu nota tersebut sampai . Dia bertanya tentang Latihan Industri . Kami juga selalu berbual tentang apa yang berlaku semasa kursus , zaman sekolah serta tentang pelajaran di politeknik . Dia ada bertanyakan pointer aku . Aku cuma memberi tahu dengan rasa rendah hati terus saja dia puji , Kak Mastura gempak starz ! HAHA . Dia mengundurkan diri bila jam sudah mendekati 3 pagi . Ijah sudah lama terlena di meja belajar . Terlalu mengantuk mungkin .

Selang dua hari keesokannya , adalah Hari Raya Aidil Adha . Ijah sudah pulang ke rumah pagi Isnin . Aku bersendirian di asrama . Selepas mandi , aku menyambung mengulangkaji pelajaran . Hari baru pukul 9 pagi . Sambil aku mengulangkaji , aku mendengar lagu dan bernyanyi . Bila terlalu bosan , aku melukis . Serta-merta , aku teringat kepada A . Aku melihat lukisan gambarnya di hadapanku . Mungkin aku cuma tertarik dengan wajah manisnya . Dia juga berkacamata tapi bukan seperti dalam mimpi .

Selepas makan tengahari dan solat Zuhur , aku sambung mengulangkaji lagi . Sambil itu , laptopku terbuka dan internet masih terpasang dengan online di Facebook . Tiba-tiba , aku terdengar bunyi notification . Rupanya ada mesej masuk di inbox daripada E . Dia bertanyakan khabarku dan kami berborak sehingga azan Asar masuk , dia mengundurkan diri untuk solat Asar .

Malamnya , E menegur aku lagi . Kami banyak mengenali diri masing-masing . Keesokkan juga dan seterusnya juga sama . Walaupun cuma beberapa hari kami berbual di chat , aku rasa seronok . Dia juga kata , sejak mengenali aku , dia seronok berkawan denganku . Kami juga pernah berbual tentang cinta . Dia kata dia belum pernah lagi bercinta dan kawannya semua sudah . Aku katakan padanya tiada yang indah . Indahnya cinta cuma sementara . Tidak sangka perkongsian nota yang bersahaja membuatkan aku rapat dengannya .

Tapi , ada satu hal yang membuatkan aku resah . Aku takut jikalau E akan menyukai aku kerana tanda-tanda sudah ada . Dia selalu like semua status dan gambarku . Bila aku mengundurkan diri untuk mengulangkaji , dia seperti keberatan . Dia juga pernah meminta nombor telefon agar mudah berhubungan nanti tapi aku tidak bagi . Kataku , cukuplah cuma di Facebook . Padahal , aku sukakan kawannya , A . Pernah juga , tiba-tiba dia memanggilku 'Akak Sayang'. Aku terkejut .

      Bila Ijah kembali ke asrama , aku menceritakan sesuatu padanya . Dia kata , lain yang aku mahu , lain yang aku dapat . Aku katakan padanya , bagaimana ? Aku sukakan kawan dia , bukan dia . Dia tidak handsome . HAHA . Terus saja Ijah mengamuk sakan . HAHA . Aku cuma suka saja-saja . Tidak sangka lain pula yang terpaut .

Dua hari sebelum peperiksaan tiba , sekali lagi dia meminta nombor telefonku . Disebabkan aku terfikir dia cuma adik juniorku , aku memberikan saja . Sudah aku pesan , cuma hubungi aku untuk perkara penting saja . Dia bersetuju . Malamnya , kami berdua online lagi . Dia bertanyakan soalan Mathematics padaku . Terus aku memberinya formula matematika dan cara penyelesaian algebra . Kami berdua belajar bersama dalam chat Facebook .

Bila aku mahu ke cafe , dia mahu pergi juga . Katanya ingin berjumpa aku sekejap di dalam koperasi di cafe asrama . Dalam koperasi asrama , aku buat-buat mencari pen sambil mataku melilau ke luar koperasi . Entah kenapa , aku terasa ada seseorang di sebelah kiri . Terus saja aku menoleh . E berdiri di hadapanku , entah kenapa dia cepat saja berpaling ke peti sejuk air . Aku tergelak kecil . Mungkin dia juga malu . Aku pula berdebar . Perasaan apakah ini ? Lama-kelamaan , aku sedar yang aku sudah mulai sukakan dia .

Minggu seterusnya , aku mengajaknya belajar bersama di perpustakaan . Hanya ada beberapa orang sahaja dalam perpustakaan . Aku cuma menunjuk ajarnya Matematik , kadang-kadang kami tertawa bersama . Padahal , dalam hati debarannya cuma Allah yang tahu . Tapi , baru aku sedar . Wajah E mirip dengan lelaki muda dalam mimpi aneh hari itu . Tapi , E pernah memberitahu yang ibunya sudah meninggal dunia . Aku rahsiakan mimpi itu daripada pengetahuannya .

       Pada malamnya , kami bermain mesej . Hingga menjelangnya minggu ketiga peperiksaan , kami selalu bermain mesej walaupun kadang-kadang aku terasa menganggu kerana aku sudah lama tidak bermain mesej lagi pula aku terlalu sibuk mengulangkaji sehingga pukul 3 pagi . Pernah aku cuba untuk memberitahunya supaya jangan selalu mesej tetapi dia seperti memahami dan berkecil hati . Aku layankan saja . Dia selalu menyebut yang dia tetap sayang padaku . Entah sudah berpuluh kali ayat manisnya di lewat mesej-mesejnya membuatkan aku sangat menyayanginya .

Pernah aku tanya , adakah kita ini bercinta atau bagaimana ? Dia kata terserah padaku , dia cuma bersetuju dan menerima apa adanya . Aku katakan padanya , yang kita boleh jadi adik dan kakak , kawan , kekasih mungkin ? Dia setuju saja . Setelah itu , kami membahasakan diri 'saya awak' . Pernah aku ingin membahasakan diri aku 'akak' tapi dia berkata yang panggilan itu tidak mesra . Cuti semester , hampir setiap malam , dia pasti akan menghantar mesej padaku . Kadang-kadang chatting lagi . Sehingga , dia masuk kembali ke politeknik untuk semester baru . Aku pula masuk Latihan Industri . Dia pernah menghantar mesej yang line di politeknik tiada . Lagipun , dia demam pula pada minggu pertama . Aku memahaminya . Pernah ada lebih dua minggu aku tidak dapat menghubunginya . Aku tidak kisah kalau tidak dapat bermain mesej setiap hari tetapi , sekurangnya seminggu sekali sudah memadai .

Bila cuti semester penggal pertama , baru dia kembali menghubungi aku . Rupanya , telefon dia rosak dan dia demam hampir dua minggu . Bila pulang ke rumah , baru dia dapat menukar telefon dengan ayahnya . Kami kembali berchatting , banyak betul cerita hari pertama aku praktikal padanya . Dia juga berkata yang dia ingin meminjam buku-buku notaku . Terus sahaja aku menyusun kembali buku-buku nota dan bindingkan untuk diberikan pada E . Aku memberikan buku-buku notaku semasa perjumpaan kami di KL Sentral , dan semasa memasuki kawasan KTM , dia memberikan coklat Cadbury yang diletakkan dalam plastik . Dia lelaki pertama yang memberikan aku coklat . Aku gembira .

Kami menaiki KTM ke Mid Valley . Di situlah kami berjalan-jalan walaupun aku selalu berjalan terlalu laju daripadanya sampaikan dia menegur . HAHA . Sebenarnya , aku segan . Aku tidak pernah berjalan berdua dengan lelaki di Mid Valley . Jarak kami berjalan pun berjauh sedikit walaupun kami memakai baju berwarna biru sedondon . Aku paling tidak sangka yang aku akan pakai baju kurung biru untuk berjumpa dengannya . Padahal , aku tersangatlah tidak sukakan baju kurung . Dia kata aku lebih ayu jikalau memakai baju kurung daripada seluar slack dan baju kameja kegemaranku .

         Kami duduk berbual sebentar di hadapan pintu masuk hotel The Gardens yang bersebelahan dengan Mid Valley . Kemudian , kami makan tengahari di McDonald's . Dia yang belanja kerana bila aku memberikannya duit , dia tidak mahu terima . Akhirnya , aku mengalah . Aku menunggu di meja makan di tingkat atas . Setelah makan , kami berborak lagi sambil berjalan-jalan di dalam Mid Valley . Hampir pukul 3 lebih , kami kembali ke KTM dan kali terakhir berjumpa juga di landasan KTM . Dia menaiki KTM ke arah berlainan . Semasa KTM untuk tempat aku sudah sampai , aku mendapat mesej daripadanya . Dia kata seronok berjumpa denganku dan berharap dapat berjumpa lagi . Aku tersenyum bahagia . Sebelum dia kembali belajar , kami berchatting lagi . Dia kata dia ingin memberitahuku sesuatu . Bila aku bertanya , dia cuma mengucap selamat malam . Aku rasa mungkin dia penat barangkali .

Masuk tahun baru , pada minggu kedua Januari , aku bertanyakan khabarnya pada malam Sabtu . Dia ada bagitahu yang dia akan pulang untuk cuti tiga hari minggu depan . Entah kenapa , bila aku bertanyakan urusannya , dia kata dia akan pulang untuk bertunang . Disebabkan aku menganggap dia cuma bergurau dan aku mendoakan semoga dia bahagia . Dia cuma berkata , terima kasih kerana memahaminya dan bertanya sama ada aku tidak marah padanya ? Aku katakan saja , jikalau dia mahu bertunang dengan orang lain , apa yang aku boleh lakukan ? Aku pasti sedih kerana aku mencintainya . Dia tidak membalas mesej tersebut . Malam itu , aku menangis keliru dan tertidur .

Pagi esoknya , aku bangun dan mandi . Pukul 8 pagi baru aku membuka Facebook . Ada mesej masuk daripadanya tengah malam tadi . Aku membaca dengan nada sebak .

   “Assalamulaikum, maaf sebab tak dapat balas mesej awak semalam.

Awak saya nak cakap sesuatu, harap awak dapat faham maksud saya. Saya nak minta kalau awak jumpa 'insan' yang lebih baik dari saya harap awak terima dia. Tetapi kalau saya terbaik untuk awak saya akan terima awak seadanya. Saya tak mahu terikat dengan apa-apa, bak kata awak dahulu kita ni fleksibel. Tetapi, jika ada orang yang awak rasa sesuai dengan awak, cubalah ambil dia. InsyaAllah, dia mungkin jodoh awak. Doalah kepada Allah SWT dan Istikharah, agar Allah berikan kita berdua petunjuk. Walau apapun saya tetap sayang pada awak, kerana awak gerbang pintu hati saya.
 

Harap awak tak salah anggap maksud saya. Saya tetap seperti dahulu. Awak tetap ada pada saya. Tetapi ingat pesan saya, jangan keterlaluan. Sayang orang sekadar-kadarnya, benci orang sekadar-kadarnya. Carilah yang terbaik dalam hidup ini kerana hidup ini hanya sekali! Saya tak nak memaksa awak, jadilah fleksibel. Tidak keterlaluan. Jangan marah, fahami kalam ana! Sayang awak. Terima Kasih kerana mendengar! "

Aku kehilangan kata-kata . Apa maksudnya yang sebenar dan adakah kerana dia mempunyai masalah . Aku membalas mesejnya tapi dia cuma membaca tanpa membalas maksud sebenar . Selepas itu , dua minggu aku dan dia senyap begitu sahaja . Aku ada bertanyakan khabarnya di hujung minggu bila ternampak dia online . Dia sekadar membalas pertanyaan khabarku nak tak nak . Aku akhiri salamnya dengan ayat 'Good luck and have a nice day'.

Selepas itu , kami berdua senyap tanpa khabar berita hampir 3 bulan lamanya . Selama itulah , fikiranku melayang-layang terhadapnya sehingga bos aku dapat mengesan masalah di wajahku . Sampaikan bos memaksa aku untuk meluahkan masalahku padanya . Dia cuma menasihati aku . Bos kata , fitrah lelaki dan perempuan berbeza . Malu juga kerana mengalirkan air mata di hadapannya .

Aku teringin sekali seperti sebelumnya , dia kata kalau dia tidak faham sesuatu subjek , dia ingin belajar denganku . Kalau aku terlalu rindu , aku akan melihat gambar kami berdua di Mid Valley . Kadang-kadang , aku menangis melihat gambar kami .

Tidak puas aku menunaikan solat malam , berdoa agar Allah mengirimkan rinduku . Walaupun , aku ditemani kawan-kawan praktikal yang menghiburkan , tapi aku masih mengingati dia . Kadang-kadang , aku tidak dapat bersembunyi untuk menangis di pejabat . Aku cuba untuk tabahkan hati , kuatkan diri menghadapi semua ini . Mungkin , dia sudah tidak kisah akan diriku lagi . Aku menyembunyikan status onlineku daripadanya . Walaupun , dia sudah jarang online di Facebook . Sehingga di hujung waktu Latihan Industri , aku melihat dia online . Aku cuba juga bertanya khabarnya .

"Boleh saya tanya sesuatu ?
Apa ?
Awak sudah tidak sukakan saya atau awak sudah tidak mahu berkawan dengan saya lagi ?
Entahlah , saya rasa kita tetap berkawan .
Maksud Awak ?"

Dia tidak membalas . Kami senyap lagi sehingga kini . Pulang daripada temuduga Latihan Industri di politeknik , baru aku tahu rupanya dia tidak cuti semester tetapi dia berada di politeknik ! Entah kenapa , aku ingin Un 'Close Friend' dari Facebook E kerana aku pernah membuatnya pada suatu ketika dulu. Tetapi , tanpa aku sengaja dan tidak aku terduga , aku ...

Ter'unfriend' dia ! 

Allah , aku tidak terniat pun untuk remove Facebook dia . Macam mana ni ?

Aku add dia kembali dan aku mesej yang aku tersalah tekan unfriend . Dia cuma membaca mesej itu dan belum approve friend request aku lagi . Jikalau , dia menolak friend request aku . Mungkin , kisah kita akan tamat di sini sahaja .

Sudahku tandakan hari lahirnya di kalendar . Dua hari bulan . Hari ini adalah hari lahirnya , aku teringin untuk melakukan sesuatu pada hari lahirnya tapi mungkin bukan rezekiku . Aku ingin mengucapkan sesuatu . Ingin sahaja aku meluahkan segala rasa hatiku . Dia buat aku menantikan dia pada setiap hari-hariku . Tidakkah dia terfikir untuk menjelaskan sesuatu ? Dia pernah berkata , jikalau ada masalah , dia akan berbincang denganku . Aidah , Ijah dan Sue menasihati aku untuk mendiamkan diri . Ya , mungkin mendiamkan diri adalah lebih baik daripada menunjukkan rasa hati yang sebenar . Aidah mahu aku menjadi seorang wanita yang mahal kerana aku tidak layak untuk rasa sakit itu .

Jujur , hati aku sesak dan ngilu . Aku rasa sakit dan pedih . Serta merta , ingatanku berputar sejak pertemuan kami . Terlalu banyak hal yang aku lakukan untuk menyenangi hatinya . Dan , aku dibalas begini . Aku tidak tahu apa salah aku ? Kadang-kadang aku rasa cinta ini mempermainkanku . Sekurangnya , aku ingin dia menjelaskan sesuatu . Tetapi , aku dibiarkan sepi dan sendiri . Walaupun , dengan orang yang tidak pernah bercinta dan baik agamanya .

Hati aku sesak dan ngilu . Ingin sahaja aku menjerit yang hati aku sesak , ngilu dan pedih ! Tangisan sudah lama mengalir membasahi pipi . Tiga bulan aku bahagia dan tiga bulan seterusnya aku sepi sendirian dan bulan serta tahun seterusnya masih belum menjanjikan apa-apa . Aku trauma dengan cinta .

Minggu depan aku akan berangkat ke Indonesia untuk menenangkan hati yang luka .

Aku ingin kembali belajar menjadi kuat semula . Bolehkah aku terus kuat , andai aku akan terjumpa dia kembali pada suatu hari nanti . Perasaan ini masih di hati . Sukar untukku melupakan dia . Walaupun , roda akan tetap berpusing , hari akan bersilih berganti , patahkan akan tumbuh dan yang hilang akan berganti . Aku berharap nanti , hati aku akan kembali kosong . Kosong sejak hampir dua tahun lepas . Dan , mungkin aku perlukan bertahun lamanya untuk bangkit sendiri lagi .

Kepada awak , saya tak tahu untuk katakan apa . Cukup awak tahu dan faham yang ...

Hati saya sesak dan ngilu . Saya tahu saya dah lama kalah , kalah dengan cinta ini . Saya mengalah dan saya tidak bencikan awak . Awak baik sebenarnya . Saya ingat kata-kata awak , pesanan awak . Saya tetap cintakan awak walau apa pun yang berlaku . Andai awak kembali , saya akan terima dengan hati yang terbuka . Semoga awak bahagia selalu :)


* Aku cuma meluahkan cerita hati sebagai pengajaran . Tidak bermaksud untuk memburukkan sesiapa .

Senyum :)



19 comments:

Fizi Zaidi said...

boleh jadi novel dh nie...apa pun sabar dan selamat bercuti ye mastura..pegi dgn makcik awk kan?

Fizi Zaidi said...

satu lagi...fizi klik libres 10 kali...menabung tuk mastura..kot2 lepas nie nk p melancong lagi ka..:)

W. Mastura said...

HIHI . Terima kasih Abang Fizi . Insya-Allah , kalau ada rezeki :)

reenapple said...

Mastura, apa yang terjadi, ambil sebagai pengajaran dan pengalaman hidup.

Jikalau dia betul untuk awak, walau bumi menghalangnya sekalipun, dia tetap untuk awak. Berdoa untuk itu.

Yakin saja, jika sesuatu itu telah ditakdirkan untuk awak, ALLAH tak akan pernah jadikan dia milik orang lain.

Bertabah. I know how you feel. But you have lots to learn and love is not priority. Stay calm and be happy where ever you are. :)

Yun Sing said...

Mula-mula ingatkan ni cerpen.. Pelik juga mimpi tu.. Takut juga sebab pernah mimpi macam tu.. .__.

W. Mastura said...

Kak Reen . Saya pun berharap rasa sakit ini akan berkurangan . Insya-Allah :')

W. Mastura said...

Yun Sing , memang pelik . Dah la dekat asrama politeknik . Takut2 , ada kaitan dengan bunian . HIHI .

ziha said...

Wahh luahan hati setebal novel..bagus2 at least dpt luahkan ape terpendam dlm aty. But no worry la mas..one fine day..u'll meet ur mr right.

W. Mastura said...

Insya-Allah , thanks Kak Ziha . Saya pun berharap begitu ;)

Pha Is said...

jauh membawa diri sampai indon.. smoga segala urusan dipermudahkanNya.. :)

saya tag mastura..
http://pening-pala.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-by-hunyeda.html

Amanina Mads said...

singgah sini dr blog yun sing. semoga segala urusan dipermudahkan :) ada bakat buat novel

Sobri Yaacob said...

wah novel ke?
seriusly.. ada bakat..
masuk debat english..mesti top stdudt kat poli

W. Mastura said...

Abg Pha Is , Insya-Allah . Terima kasih Abg Pha Is :)

W. Mastura said...

Insya-Allah . Thanks Amanina :)

W. Mastura said...

Abg Sobri , mana ada . Saya just join kursus untuk belajar berdebat dalam English jeh . HIHI .

Sally Samsaiman said...

terlalu subjektif...terlalu byk halangan yang diri sendiri dan E letakkan...

W. Mastura said...

Maksud kak Sally ? Halangan diri sendiri tu dari saya ? Entahlah . HIHI :')

Sally Samsaiman said...

Tak jugak..masing-masing tak sedia nak ada hubungan...tak salah buka hati utk org lain...kena ingat..tak semua yang kita suka, kita perlukan dalam hidup ni...tapi masih kena tepuk dada dan tanya hati..jgn paksa kalau tak boleh...jgn rasa bersalah kalau tak menjadi hubungan tu... :)

W. Mastura said...

Oh , okay saya faham . Mungkin saya terlalu ikutkan hati & perasaan . Thanks Kak Sally :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...