Thursday, May 1, 2014

Temuduga Latihan Industri 2014

Assalamualaikum korang .

Pukul 4 lebih hari Selasa , aku dan dua orang kawanku yang lain bertolak daripada Kuala Lumpur untuk ke Sabak Bernam . Singgah makan di Ampang sebentar sebelum kami sampai pada pukul 10 lebih di Sungai Besar , Sabak Bernam . Lambat kan ? Aku cuma tumpang kawan aku yang berkereta . Duit minyak tong tong . HIHI .

Malam Selasa , kita orang check in dekat Green Hotel, Sungai Besar . Bolehlah , sorang bayar RM25/malam . Tapi , aku tak boleh tidur awal walaupun Laporan Akhir Latihan Industri dan Jurnal Refleksi sudah lama siap kerana mereka belum siap lagi . HUHU . Melayan Mr. Bean Holiday jeh malam tu . Last , baru dapat tidur pukul 3 pagi . Then , bangun pukul 6 pagi balik . HAHA . Tak cukup tidur !

Alhamdulilah , sampai di Politeknik Sultan Idris Shah pada pukul 8 suku . Adalah jumpa beberapa orang classmates yang dah lama tak bersua hampir 1 semester . Lepas daftar dekat Jabatan Kejuruteraan Awam , terus aku masuk dengan dua orang lagi kawan aku yang sama tempat praktikal di Kumpulan IKRAM .

Alhamdulilah , sekali lagi aku dan dua orang kawan aku ditemuduga secara berkumpulan oleh En. Khairul  yang pernah ajar aku Highway Engineering masa SEM 3 . Then , sampai giliran aku , aku just terangkan yang aku di tempatkan di Bilik Unit dan tugas aku menganalisis kestabilan cerun dan buat 3D Model (DTM).

Di sebabkan kita orang banyak buat kerja pakai software , dia tanya pulak berapa percent yang kita belajar yang ada masa praktikal ni . Terus kawan aku jawab 70% . Fuhh , banyak jugak !

Then , lastly dia suruh aku aku conclusion . Aku cakaplah , yang aku seronok sangat kerja dekat IKRAM . Abang-abang staf semua termasuk bos train aku macam seorang engineer . Bila tengok cerun yang ada remedial , kita dah boleh tahu yang tu remedial jenis apa , boleh tahu cerun tu berapa degree . HAHA . Aku rasa macam tak puas jeh nak bagitahu apa yang aku dapat dekat IKRAM !

Muka HAPPY lepas keluar dari pejabat pensyarah !


Habis tu , kita orang pun beredar dengan ucap terima kasih dekat En. Khairul then letak Laporan Akhir & Jurnal atas meja dia . Bila keluar dari pejabat pensyarah terus jumpa semua geng kelas aku . Azila kata , aku makin tinggi . Then , ramai kata muka aku dah bersih dari jerawat then macam-macam . HAHA . Tak sangka pulak banyak betul perubahan dekat diri aku ni .

Final Report dan Jurnal .


Selesai semua , kita orang pun ke HEP untuk ambil baucer buku . Sedih , habis praktikal baru dapat . HAHA .

Baucer buku .

Okay . Dah nak gerak balik dah . Bye poli ! Jumpa SEM 5 .

Rasa tak puas nak jumpa kekawan !

Lepas tu , kita orang makan tengahari dekat Bagan Nakhoda Omar . HUHU . Rindu dekat pantai ni !

Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO) , Sabak Bernam .

Apa yang special dekat sini semestinya Mee Udang . HIHI .
Mee Udang .

Then , lepas makan , kita orang pun singgah dekat Sungai Besar untuk tebus baucer .

Alat tulis .
Sebab , masa pagi on the way ke poli , dengar radio , rupanya kerajaan dah mansuhkan 20% untuk beli barangan bukan buku start 1 Mei .

Di sebabkan juga semalam (30.04.14) adalah hari terakhir untuk beli barang yang bukan buku , so terpaksalah aku tebus cepat-cepat sebab aku memang nak beli bateri kamera , dakwat printer dan pendrive dengan baucer . Kawan aku lagi superb . Tebus baucer dengan beli gitar ! Cehh . HAHA .

Okay , esok pergi PWTC pulak dengan tebus baki baucer RM50 .

*Doakan aku untuk terus kuat . Semangat juang aku cepat pulih . Amin :)



2 comments:

Pha Is said...

ha ah... lepas 1 mei, dah x boleh beli barang selain bahan ilmiah.. saya pulun simpan baucer tu x pakai lagi, sbb nk tunggu pcfair. last2, x bleh guna dah. hmm.. tension betol..

W. Mastura said...

HUHU . Tulah , kita orang semua terkejut . Lagi pun , tahun ni baru pandai nak gunakan baucer , alih2 tak dapat nak gunakan untuk barang yang bukan ilmiah . HUHU .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...