Wednesday, May 7, 2014

The Liebster Award by Pha Is


http://pening-pala.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-by-hunyeda.html



Okay , ini entri sempena Abang Pha Is tag aku untuk jawab soalan-soalan beliau di bawah . Tapi , aku rasa malas pula nak tag orang . HAHA . Boleh kan Abang Pha Is ?


1. Komen berkenaan blog Hikayat Budak Pening ni?
Blog Abang Pha Is okey jeh sebab banyak general knowledge yang saya dapat selain pengalaman Abang Pha Is sebagai student farmasi . HEHE .

2. Hobi korang waktu lapang?
Suka dengar lagu, menyanyi, melukis dan membaca novel .

3. Ciri-ciri pasangan ideal?
Pasangan ideal . Erkk , kenapa Abang Pha Is nak tahu ni ? HAHA . Yang penting , boleh bimbing saya ke jalan yang diredhai dan boleh terima saya seadanya . Insya-Allah . 

4. Tetiba korang dapat duit sebanyak RM5 juta. apa yg korang akan buat dengan duit tu?
Kalau saya dapat RM5 juta , saya nak pindah dari taman perumahan yang banyak orang dengki/busuk hati ni dan belikan rumah untuk ibu dan ayah saya . Saya tak nak mak ayah saya jual kuih lagi . Saya nak tengok mak ayah saya , adik-adik duduk jeh kat rumah tu , biar saya yang kerja cari makan . HAHA .

5. Siapa yang selalu jadi ikutan/rujukan korang dalam dunia blog?
Mula-mula kawan sekelas saya masa sekolah . Dia ada blog then banyak tunjuk ajar tentang coding masa Tingkatan 3 tapi , dia dah lama tutup blog dia . After that , saya banyak follow blog akak/abang yang masih study dekat universiti . Tapi , sekarang dia orang dah ramai dah kahwin , saya baru nak masuk alam dewasa . HAHA .

6. Warna kegemaran dan kenapa?
Warna biru . Sebab , sejak darjah 1 saya masuk pasukan Rumah Biru . HAHA . Lagi satu , ia warna yang menenangkan :)

7. Describe diri anda?
Seorang yang serius , dominan , suka sendiri , ringkas dan mudah , setia , pelik . Seorang wanita yang berjiwa lelaki . HAHA .

8. Berapakah berat badan korang sekarang?
48 KG . Kurus lagi tu :P

9. Benda yang paling tak suka bila blogwalking?
Terlalu banyak iklan dan Popup Windows .

10. Perkara yang paling nakal yang korang pernah buat?
Nakal . Tak pernah sebab saya seorang budak yang baik . HAHA .

11. Perkara yang boleh membuatkan korang menangis?
Bila orang menyakiti hati saya , melihat orang susah , bila teringat kenangan pahit , bila ingat kesusahan dan ujian yang menimpa diri ini , bila saya terlalu sukakan dan rindukan seseorang , bila orang tak tahu saya sukakan dia . HAHA . 

Okay . Tu saja . Thanks Abang Pha Is . Sorry jawapan panjang sangat ;)


10 comments:

Vee Sandi said...

5 juta ? ... blh ound the world . heh heh

Pha Is said...

u're welcome.. :)

1. alhamdulillah...
3. saja je nak tahu.. lebih kurang macam nk buat survey la, "market" dan saham lelaki sekarang ni kat mana kekuatan dia.. hehehe..
4. bagus2.. ramai orang yg jawab nk beli rumah.. pelaburan yg baik untuk masa depan. hehehe...
5. (-_-').. perlu ke sebut part diorg dah kahwin tu..? hahahah
6. kita geng..!!! sebab pun sama.. hahaha..
10. pandai dia elak soalan.. hahaha..

W. Mastura said...

HAHA . Abang Pha Is , mana ada elak . Ni fakta . HAHA :P

Saya Disini said...

:)

reenapple said...

Oooo..... baru ku tahu sediit sebanyak tentang kamu.

W. Mastura said...

HIHI :)

Sally Samsaiman said...

seronok ek abg pha is..hahaha :D

W. Mastura said...

HAHAHA :D

Yun Sing said...

Kiranya blog ni dah lama la.. wow :)

W. Mastura said...

HAHA . Lamalah jugak dekat 6 tahun . HIHI .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...