Tuesday, June 3, 2014

Cerita Kita II


Continued From Cerita Kita

Aku tersentak bila terdengar bunyi mesej sewaktu aku mahu masuk tidur . Aku rasa penat sangat . Penat aku menaiki pesawat dan sesat mengelilingi KLIA2 untuk mencari jalan keluar belum hilang . Lenguh badan rasanya . Terus saja aku mencapai handphone di tepi .

"Assalamualaikum. Bila ada masa lapang? Nak pulangkan balik buku yang dah dipinjam."

Aku tersentak lagi. Entah kenapa , tangan aku terasa seram sejuk memegang handphone tersebut , jantung aku berdegup laju , terganggu emosi tenang aku seketika setelah pulang bercuti selama 3 minggu di Indonesia . Aku dengan perlahan-lahan , menaip mesej untuk membalas kembali .

"Waalaikumsalam. Awak free bila? Saya bila-bila masa je boleh sebelum masuk poli."

"Isnin. 2 Jun 2014. KL Sentral. Dalam pukul 12.00 tengahari."

"Okey. Awak nak pinjam buku SEM depan tak?"

Dia tidak membalas lagi mesej aku . Malam dibiarkan sepi dan aku terlena sendiri walaupun hati aku masih bergetar .

Malam Ahad , dia bertanya lagi . "Assalamualaikum, esok okeykan?"

"Wassalam . Ya , jumpa awak esok . Saya akan mesej awak bila dah sampai." 

Mesej kami sampai di situ sahaja . Aku mengambil sehelai kertas dan sebatang pen . Entah kenapa , hati aku terdetik untuk menulis surat dan memberikan dia keychain sebagai tanda ingatan . 

          Keesokkannya , setelah pukul 7 pagi , aku dan adik bongsuku , Sarah mengikut ayah ke pekan untuk menguruskan sesuatu . Selepas itu, ayah mengajak kami bersarapan sebentar. Aku langsung tidak makan. Aku tidak ada selera meskipun aku lapar dan tubuh terasa lemah. Tekak aku loya pula pagi itu. Tangan aku tidak berhenti berdenyut. Aku tak tahu kenapa dengan aku, begitu teruk sekali rasa debaran di hati. Setelah itu, baru aku minta izin untuk menaiki KTM ke KL Sentral.

Aku sampai di KL Sentral pukul 11 lebih . Aku mesej dia yang aku sudah sampai . Dia kata , sorry . Masih dalam KTM . 

"Tak apa , saya tunggu awak."

           Hampir pukul 12 lebih , baru aku nampak kelibat dia keluar dari kawasan KTM . Aku tunggu di meja makan Restoran McDonald di hujung kedai supaya aku boleh mengesan kehadirannya . Namun , aku kecewa sedikit bila dia membeli tiket dahulu dan baru melangkah ke Restoran McDonald . Aku memanggilnya . Dia melangkah di meja tempat aku duduk bersama adik aku dan meletakkan beg plastik jinjing di atas meja . Aku bersuara .

"Awak, saya nak bercakap dengan awak sekejap boleh?"

"Saya dah beli tiket ni." Katanya , sambil menunjukkan tiket di jarinya .

"Awak, sekejap jeh... Awak!" Dia berpusing dan mahu melangkah pergi . 

"Awak tunggu! Saya ada sesuatu untuk awak!" Dia kembali menoleh ke arahku .

"Ini , awak anggap jeh ole-ole saya baru lepas pergi ke Indonesia ." Dia mengeleng, dan pusing melangkah pergi .

"Awak! Tunggu!" Aku lekas bangun dari kerusi . "Sarah, tunggu kejap!" Pantas, aku berlari sambil memanggil namanya. Kami berhenti tepat di tengah-tengah di antara dua pintu masuk KTM yang bertentangan . 

"Awak, ambillah ni , dalam ni ada surat...untuk awak." Aku menghulurkan sampul surat berwarna coklat itu kepadanya. Perlahan, dia mengambil sampul surat tersebut .

"Kalau saya... ada apa-apa salah, saya minta maaf..." Nada suara aku sebak. Dia menggeleng lagi .

"Tak , jangan salahkan diri sendiri . Yang salah tu , saya . Saya yang salah ." Dia menunjuk dirinya sendiri menyatakan dia yang salah . 

"Awak kenapa ? Pasal Facebook tu , saya tak sengaja nak remove awak . Saya dah add , tapi..."

"Tak , bukan pasal tu... Tak ada kaitan pun sebab tu . Semuanya daripada saya ."

Aku memandang wajahnya dengan rasa sedih . Wajah yang aku rindui selama ini . Hati aku menangis . Ingin sahaja aku ucap yang aku terlalu merindui dia . Aku sayangkan dia . Tapi , lidah bagaikan terkunci . Hati aku merintih lagi .


Aku memandang wajahnya dengan rasa sedih .

"Terima kasih... sebab sudi berkongsi ilmu dengan saya . Terima kasih... sebab pinjamkan buku-buku awak selama ni dekat saya . Sebab awak , saya dapat AKJ selama ni . Kalau tak , saya takkan dapat markah tinggi dalam peperiksaan . Semua penyebab masalah ni , adalah daripada saya ."

Aku terdiam sambil menunduk sebentar . Jejari aku berdenyut lagi . Tidak aku sangka , sedalam ini cinta yang aku simpan . Aku memandang kembali wajahnya . Dia tersenyum pahit . 

"Awak... carilah orang yang lebih baik daripada saya ." Katanya lagi . Aku terasa sedih lagi bila dia menyatakan ayat-ayat itu . Perlahan , dia melangkah pergi masuk ke kawasan KTM . Hati aku sebak . Terus aku pusing kembali ke dalam Restoran McDonald . Beg plastik jinjing tadi , aku sumbatkan dalam beg galas .

Aku mengajak Sarah yang leka makan aiskrim ke Kaunter Tiket untuk membeli tiket pulang . Bila masuk kawasan KTM , aku nampak dia menunggu di bangku . Dia masih memegang sampul tadi . Aku melihatnya dari jauh . Tidak lama setelah itu , KTM sampai . Aku cuma melihat dia pergi , dari jauh . Hati aku sebak lagi . Terasa ingin saja aku menitiskan air mata di situ tapi aku tahan . 

Aku peluk Sarah bila degupan jantung aku makin melaju . Setelah itu , KTM ke destinasiku sampai , aku duduk di dalamnya dengan hati yang luka .



6 comments:

reenapple said...

Tabahlah. Ada hikmah untuk semua yang terjadi.

Aku pujuk diri aku dengan ayat itu setiap kali down.

W. Mastura said...

Terpaksa untuk tabah ;)

Yun Sing said...

Tak sangka ada juga cite macam ni real life.. ingatkan dalam novel je .__. Tabahkan diri ea.. :']

W. Mastura said...

Entahlah , dik . Terima kasih ;)

Sally Samsaiman said...

be strong sayang :')

W. Mastura said...

:')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...