Sunday, June 15, 2014

Kenduri Kahwin Sepupu

Pedulikan muka kecewa aku . HAHA .

Majlis Perkahwinan Farah Putri Mulyani dan kakaknya, Purnama Sari . 14 Jun 2014 . Sabtu .


Tempat akad nikah .

Bila Tok Kadi bagi ceramah . Ayah aku pulak jadi saksi . Siap lawaknya lagi . HAHA .

Kak Farah Putri dan Kak Sari :)

Panjang jugaklah dengar Tok Kadi tuh ceritakan semuanya sebelum sesi akad nikah . Aishh , aku tengok kedua-dua suami kakak sepupu-sepupu aku tuh nampak pendiam and then tak adalah nampak nervous sangat . Relaks sudah .

Ini kali kedua pulak aku tengok akad nikah secara live . Dah sah semua then baca doa selamat , aku tengok Kak Farah menangis sekejap . Dah tuh , ibu aku pulak menangis . Garu kepala kejap . Okay , mungkin aku kekadang tak ada perasaan tapi , aku faham . Mesti setelah kita mengharungi segala pahit maung , akhirnya kita disatukan dengan orang yang kita cinta . Erkk . Aku rasa macam tu kot :)


Kak Sari dan Encik Suami :)
Kak Farah Putri dan Encik Suami . HIHI :)
Tahniah Kak Farah Putri Mulyani . HIHI .

Pelamin dia orang . Masa ambil gambar family lupa nak suruh photographer tolong amekkan . Segan , handphone pun cuma Samsung Corby II jeh . HUHU .

Meja makan beradab .
Sila jangan lari dulu . Aku nak berangan kejap . HAHA .
Memberanikan diri untuk karok depan semua saudara nyanyikan lagu Rossa - Hati Yang Terpilih . Bila dengar suara aku dekat speaker , terasa suara aku merdulah pulak . Btw, time ni rasa nak menangis walaupun aku dah lama putus cinta sejak 5 bulan yang lepas . Sesungguhnya aku masih cinta , sesungguhnya aku masih sayang . Sedih :')

Saja nak wish then sign kat papan tuh . HUHU .

Bila aku datang kenduri kahwin orang , mesti aku berangan macam mana pulak time aku nantikan ? Cinta aku , datang dan pergi . Entahlah , jodohkan rahsia Allah . Btw , doakan aku lagi 7 tahun lagi okay . HAHA >_<

8 comments:

Yun Sing said...

Hmm.. tahniah bagi pasangan baru.. :')

W. Mastura said...

(Y)

Sobri Yaacob said...

mata kecewa why?
btw cantik pelamin...
pasangan sama canttik dan padan

W. Mastura said...

HAHA . Tengok orang bahagia jeles rasanya . HIHI .

Pha Is said...

muka kechewa sebab bukan dia yg kahwin lettew.. hehehe..

W. Mastura said...

HAHA . Betul tu Abang Pha Is . HEHE :D

Amanina Mads said...

selamat pengantin baru buat 2 sepupu tu.. mcm pernah tgk ja farah tu. dia pelakon eh? hehee

W. Mastura said...

A'ah , dia memang pernah berlakon sebelum ni . HUHU .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...