Sunday, July 13, 2014

Ahad 130714

Aku tidak dapat pulang ke rumah minggu ini . Mungkin silap aku , sepatutnya aku beli tiket bas poli awal-awal . Jadi , aku tidak perlu untuk tumpang kereta kawan . Naik bas lebih tepat dan pantas . Aku terdampar lagi di Sabak Bernam . Sabar , raya tinggal lagi dua minggu .

Di sebabkan ada classmate aku seorang yang dapat asrama , aku tumpang untuk 3 hari 2 malam . Mungkin sebab aku tak ada keberanian untuk bersendirian di rumah sewa . Bahaya . Aku rasa , asramalah tempat yang paling selamat untuk aku . Aku rindu asrama . Aku rindu nak beli makanan dekat kafe asrama . Rindu nak singgah koperasi dekat asrama . Selama 3 semester aku tinggal di asrama , banyak perkara yang aku lalui , tak kisah sama ada dengan kawan sebilik , sejiran mahupun kawan sekelas .


Kolej Kediaman Politeknik Sultan Idris Shah

Aku tak ada buat apa sangat dekat asrama untuk dua tiga hari ni . Cuma , just buat latihan banyak-banyak untuk Design Of Steel Structure . Buat latihan yang lecturer bagi . Buat nota untuk Geoteknik II untuk bab Penyiasatan Tapak . Nasib baik aku pernah praktikal dekat Unit Kejuruteraan Geoteknik jadi aku rasa benda mudah sikit untuk aku . Nota Geoteknik pun dah ada cuma maybe tak sesuai untuk pembelajaran aku dekat politeknik ni . Advance sangat notanya .

Kalau dulu , pergi kelas aku kena jalan kaki . Sekarang , aku rasa happy sangat . Sejak ada basikal , rasa bebas nak pergi mana-mana . Even , aku selalu keseorangan tanpa teman di sisi , aku dah tak kisah . Memang , aku ni jenis tak suka menyusahkan orang . Tak perlu nak teman setakat nak pergi kelas , kafe apalah sangat . 

Apalagi , untuk berada seorang , bertapa termenung menenangkan diri dekat tasik Politeknik Sultan Idris Shah . Masa itulah , kenangan menyapa diri . Walaupun perkara tu dah berbulan-bulan lamanya .


Basikal saya :)

Kadang-kadang , aku ada nampak dia . Tapi , entah mungkin bukan . Kadang-kadang , aku tengok junior yang pakai cermin mata seolah-olah tu dia . Ke dah aku nampak semua lelaki macam dia ? Masa aku praktikal , minda aku tak adalah terjejas sangat sebab sibuk kerja analisis cerun , penyiasatan tapak , pergi site bagai kan . Tapi , nampak jeh susur gajah , perpustakaan , tasik , kafe asrama entah kenapa fikiran asyik teringat balik tentang dia .

Mungkin , ada hikmahnya kan , Allah tak bagi rezeki aku untuk tinggal lagi di asrama?

Mungkin , ada hikmahnya kan , Allah buat aku ter'remove' Facebook dia ?

Semua ada hikmah . Walaupun , persoalan ini takkan pernah habis selagi aku masih terserempak dengan dia , selagi masih di bawah satu jabatan walaupun aku senior , dia junior . Arghhhhh !!!

Tak baik Mastura kusutkan fikiran . Tinggal kurang setahun sahaja kau dekat sini . 

Allah duga kekuatan aku , bila aku terserempak dengan dia , sekali lagi perasaan debar & trauma itu datang .

Apa yang aku dapat buat cuma SABAR dan terus mengharungi hidup dengan APA ADANYA .

Semua rezeki , pertemuan , perpisahan , jodoh , ajal dan maut di tangan ALLAH . Sabar Mastura , jodoh kau akan sampai jua . Tunggu . Sambil menjalani sesi menunggu ini teruskan kejar cita-cita .

Aku kembali pada asal , aku cuba untuk SABAR . Latih hati aku untuk SABAR .

Aku boleh .



4 comments:

Yun Sing said...

Gambateh ! :D

Hans said...

semua yang terjadi ada hikmahnya :)

reenapple said...

Penat kan nak duga hati kan?

I used to be in your situation. But the different is that guy never be my boyfriend. He's just a guy that I have crush on. That I really want to be in my life. But then, as I growing up, love, falling in love, forgetting someone that are not meant to be in our life, just something that wasting my life.

It's ok, someday you gonna forget him 100 %. And when that day comes, you will just smile, and move on. Thinking that how stupid act you have done before this. :)

*aku tak tahu kenapa aku tetiba speaking. Kakaka*

Amanina Mads said...

kadang2 ahikmah yg membuatkan kita rasa bersyukur.. mesti ada yg lagi bagus menanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...