Thursday, July 3, 2014

Sakit

Aku meneruskan minggu kedua perkuliahan pada minggu ini . Namun , ada benda yang hadir tanpa dapat aku jangka . Aku ingat ruam gatal di tepi pinggang cuma gatal disebabkan memakai seluar . Disebabkan keadaan ruam makin teruk , aku meminta bantuan rakan untuk ke Klinik Kesihatan . 

Bila aku berjumpa dengan doktor , katanya aku terkena kayap . Nama saintifiknya Herpes Zoster . Kawan-kawan aku ada kata kalau terkena kayap ular , bila bersambung akan menyebabkan kematian . Aku takut . Tapi , doktor kata ini cuma kayap biasa . Ia berlaku disebabkan virus semasa kita terkena demam campak muncul semula apabila imun (daya tahan) dalam badan kita lemah . Doktor Klinik Kesihatan cuma bagi aku ubat sapu macam ubat bedak sejuk kalau kita kena demam campak .

Ubat bedak sejuk (macam ubat sapu demam campak) , sekali ubat pil untuk batuk, sakit tekak & selsema .

Keesokkannya , aku pergi ke klinik lagi tapi bukan Klinik Kesihatan tapi ke klinik swasta . Doktor tu pun cakap benda yang sama cuma dia bagi ubat pil khas untuk kayap tu . Ubat tahan sakit , ubat tahan gatal , antibiotik dengan krim khas untuk kayap (Herpes Zoster).

Doktor bagi aku MC sampai Jumaat minggu depan tapi PA (Lecturer kelas) aku kata , MC dari klinik swasta aku tak valid . Aku kena dapatkan MC dari Klinik Kesihatan kerajaan jugak . Aduh , macam mana , aku duduk dalam kelas pun kena duduk tegak . Kayap bukan satu tompok dekat tepi pinggang . Dekat belakang pinggang pun ada . Kadang-kadang rasa sakit tu menjalar-jalar ikut tompok kayap tu . Kadang-kadang rasa sakitnya mencucuk-cucuk . Kena baju rasa pedih sangat . 

Doktor kata aku kena makan ubat jadi aku tak boleh nak puasa . Ya Allah , aku punyalah semangat nak puasa tahun ni sampai aku beli basikal supaya senang aku nak gi terawih dekat masjid politeknik . Sebab aku duduk luar jadi kalau naik basikal tak adalah penat sangat .

Basikal Biru kesayangan aku ;)

Entahlah , aku harap kayap ni cepat sembuh dalam masa seminggu dua ni . Nak ambil MC takut nanti susah pulak kalau nak masuk Final Exam sebab apa-apa kena tengok kehadiran melainkan kalau kes kemalangan . Aku menangis malam tadi sebab sakit sangat dekat tempat kayap tu . Sekitar belakang pinggang sampai perut . Aku dapat rasa sakit tu menjalar dekat urat-urat saraf . Lepas aku makan pil dari klinik swasta tu baru aku rasa sakit tu kurang sikit .

Aku ada call ayah aku , dia kata sebelum ni tak ada dalam family aku yang kena . Lagi pun , aku tak ada elergi dan apa-apa penyakit . Cuma , aku adalah seorang yang tak suka makan sayur . Mungkin sebab tu , antibodi dalam badan aku kurang . 

Kawan aku ada yang suggest cuba ubat kampung sebab biasanya kayap akan sembuh melalui ubat kampung .

Aku rasa takut sangat . Dah berapa hari tak lalu nak makan even aku tak boleh nak puasa . 

Harap penyakit kayap ni cepat sembuh . Aku nak belajar . Aku nak masuk kelas . Aku nak sihat macam biasa . 

Aku cuma berharap , Allah akan bagi aku peluang sekali lagi . Aku nak belajar macam biasa  :')


2 comments:

ciEk NiENa said...

get well soon ye dear :)

Pha Is said...

comel basikal tu.. hehe
smoga cepat sembuh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...