Sunday, August 17, 2014

Amali Kejuruteraan Trafik

Assalamualaikum .

Maaf sebab aku tidak sengaja membiarkan blog aku menjadi sepi seperti tuannya . Btw, Selasa lepas aku dan kawan sekelas serta kelas lain ada membuat amali di sekitar jalan Kuala Selangor, berdekatan dengan kawasan Giant dan Tesco.

Tapi , bagi 8 group pertama dekat kawasan Giant . Nasib baik tempat yang tak besar sangat macam dekat Tesco Kuala Selangor . Penat kita orang nak kira kotak parking . Hahh ! Firstly, kena buat amali tentang 'Parking Space'. Kita orang kena kira kotak parking yang ada dalam satu kawasan tu then kena ambil luas kotak parking biasa dan OKU, parking motor pun sama . Lepas tu , kita orang kena kira kereta yang keluar masuk kawasan parking setiap 15 minit sampailah minit ke 60 . Mengantuk bhai . Kereta bukannya banyak pun , pagi lagi baru pukul 11 .

Masa OTW ke Kuala Selangor . Rehat dengan coklat .

Bila dah sampai posing kejap .
Time member ukur kotak parking .
Ada gaya JPJ tak ? Ke gaya Jurutera Jalanraya ?

Amali kedua dekat simpang empat lampu isyarat . Kita orang akan ada setiap 4 penjuru untuk ambil bilangan kereta yang masuk simpang kiri , kanan dan terus ke depan . Time ni memang aku mengelabah gila tak cukup tangan aku nak menulis berapa motor , kereta , lori ringan , lori berat nak masuk . Kawan aku yang tolong bagitahu pun pening . Ahh , dah lah banyak kereta semua pandang-pandang kita orang kat tepi jalan . Lepas kita orang , ada dua group bukan duduk tepi jalan , tapi dekat lampu isyarat dia orang boleh duduk bersila ramai-ramai . Ini kelakar sebab ramai yang bertanya , haiihhh malu pulak .


Muka tension ambil data .
Then, lastly amali 'Spot Speed Study' . Amali ni kita orang akan berada di tepi jalanraya untuk pilih kereta yang akan ditargetkan . Jarak antara stesen A dan B adalah kurang 100 meter . Sama juga dengan stesen B dan C . Alah , kita orang tak ada gambar time ni . Jumlah kenderaan yang harus adalah 100 kenderaan . Btw, kita orang pakai cara manual untuk tahu speed kenderaan . Biasanya kalau polis trafik , dia orang ada satu alat yang boleh tembak then keluarkan bacaan kelajuan dekat alat tu .


Bila kenderaan yang terpilih akan melalui Stesen A , Stesen A akan mencatat nombor plat kenderaan dan kelas kenderaan . Bila kenderaan akan melepasi Stesen A , Stesen A akan mengangkat bendera untuk memberitahu pada Stesen B untuk mengambil masa dalam saat menggunakan jam randik .


Stesen C akan mengangkat bendera bila kereta sudah melepasi Stesen C dan Stesen B berhenti mengambil bacaan .


Okay , itu sahaja . Terima kasih :)

Sebelum bertolak kembali ke PSIS, Sabak Bernam. Nampak tak Giant, Kuala Selangor dekat belakang tu ?


*Pengalaman pahit . Masa berada tepi jalanraya , lori pergi jalan dekat lopak air . Nasib baik sempat lari . Yelah , hari baru lepas hujan . Masa kita orang dah habis on the way nak balik tempat asal , ada kereta sengaja lalu kat lopak air then air tu tersembur kat kita orang . Terasa diri ini begitu hina . Kuang hajo punya kereta !

WAWAWAWA !










No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...