Sunday, August 10, 2014

Segmen Nostalgia Aidilfitri 2014 by Hikayat Budak Pening

Klik banner untuk join .

Assalamualaikum . Sebenarnya aku telah ditag oleh Abang Pha Is (Hikayat Budak Pening) untuk join sekali segmen ni . So , apa salahnya sebab aku pun tak ada idea nak tulis blog . Idea nak meluahkan perasaan dekat sini sudah pun ke laut .

NOSTALGIA AIDILFITRI 2014

Sebenarnya , raya yang paling best bagi aku masa tahun 2007 . Masa tu , aku baru Tingkatan 1 . Sebab apa best ? Sebab , masa tu kami sekeluarga masih hidup senang . Dan , saudara mara pun ramai yang datang . Selepas dia orang beraya dekat rumah aku , kita orang sempat lagi bergambar dekat taman permainan sebelah rumah aku . Then , memang 4 hari raya yang pertama , ada sahaja rumah saudara yang kita orang nak pergi . Duit raya pun aku dapat banyak time tu .

Tapi sekarang , hanya tinggal kenangan . Semenjak kami jatuh susah , raya sudah tidak beerti bagi aku . Tak ada baju baru , kasut baru , kuih raya . Yang ada cuma rendang daging dan nasi himpit untuk dimakan di pagi raya . Rumah tidak bersofa dan berlangsir . Sudah 4 tahun macam ni .

Sebab tu aku tekad , walau apa pun yang berlaku , aku tetap nak kejar cita-cita . Aku nak jadi jurutera . Aku nak bantu keluarga aku keluar dari kesusahan ini . Aku tak nak tengok mak aku menangis lagi . Aku tak sanggup .

Tunggu , habis Diploma ni , aku tak akan sia-siakan peluang yang ada .

Alamak , tiba-tiba semangat membara pulak . Rasa nak tumbuk dinding . Kalau tumbuk , mesti dinding pun pecah sebab semangat kuat sangat .

HAHAHA .




4 comments:

Pha Is said...

waa.. good luck.. :) saya yg baca ni pun jadi kobar2 jugak.. hehehe..

Sobri Yaacob said...

all the best..
pepatah melayung waktu sennag ramai dtng waktu susah semua berlari tanpa tinggalkan kesan.. :)

Etuza Ezawarna said...

terima kasih link kan blog Pesona ya..

Etuza Ezawarna said...

terima kasih link kan blog Pesona ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...