Thursday, October 23, 2014

Apa Khabar ?

Jadi lecturer Geotechnics II sekejap .

Apa khabar korang ? 

Dah lama aku tak dapat nak update blog kesayangan aku ni . Semester 5 ni betul mencabar bagi aku . Aku terpaksa bertungkus lumus siapkan semua Asignment dan report , kejar due date , siapkan idea Final Project dan presentation Final Project . Kena siapkan Project Design . Tak termasuk jadual kelas yang pack . Kadang-kadang , aku menangis sebab tension . Tak tidur tiga dan empat malam . Alahai , sesak nafas aku .

Alhamdulilah , semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada hati yang terluka , aku ikhlaskan semua ilmuku , segala harta bendaku , segala perasaanku , segala tutur budi bicara yang menyakitkan hati eloklah segera dimaafkan dan dipinta ampun salah dan silapku .

Sekarang , aku dalam minggu peperiksaan akhir . Isnin lepas aku dah jawab paper CC 502 - Geotechnics II . Lagi empat paper start Rabu depan . Nasib baik ada jugak gap . Ada jugak masa nak study Traffic Engineering , Structural Analysis 1 , Hydraulics II dan Statistics . Last day 06.11.2014 . Lepas tu , cuti semester pun bermula . Dan , bila cuti semester berakhir . Bererti aku adalah ...

KAKAK SUPERSENIOR yang paling SENIOR ! Aku dah SEMESTER 6 ! Woot woot !

Tolonglah , aku dah tak sabar nak kerja + dapat duit + beli kereta + beli rumah + sambung PJJ !

Lepas tu graduasi pada bulan September tahun depan . YEAHH !

Okay . Itu sahaja ke'excited'an aku . Jumpa lagi . Wish me a good luck babe ;)


1 comment:

Pha Is said...

wow.. ahkak senior.. nnti jgn buli2 junior plak.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...