Sunday, January 18, 2015

Bila tersedar dari hikmahNya

Tahun 2015 . Semester Akhir .
Aku baru tersedar akan hikmahNya . Membuatkan aku rasa bersyukur berkali tanpa jemu . Allah hadirkan tangisan dalam hidup untukku kecapi kebahagiaan suatu hari nanti . Itu sudah pasti . 

Belajar dan belajar pada setiap hari membahagiakanku . Memahami apa yang dipelajari memuaskanku . Meraih markah dan pointer tertinggi mencemerlangkanku . Meraih apa yang diimpikan adalah cita-citaku . Hanya satu ingin menjadi seorang jurutera wanita yang dapat menghadapi segala ujian .

Sekali lagi aku di duga dalam soal hati dan perasaan . Membuatkan aku terluka sendiri . Tapi , perasaan itu Dia dah tarik balik , dan aku gembira lagi tanpa perlu ada sakit lagi . Mungkin selepas ini aku tidak mahu mengharap apa-apa lagi . Ohh , hati kenapa mudahnya jatuh ? Janganlah jatuh lagi mungkin aku yang lalai .

Aku tidak tahu siapa dan bagaimana seseorang akan muncul lagi dalam hidup aku lagi ? Kalau betul ada , aku mahu dia tahu yang aku ada di sini menunggu waktu yang betul dan tepat . Kalau betul ada , aku nak dia bagi masa untuk aku bahagiakan keluarga aku dulu . Aku takkan cemari hati aku dengan orang yang belum tentu . Kalau betul ada , aku nak dia tahu yang aku terima dia seadanya . HAHA .

Ohh Mastura janganlah sedih . Hikmah dan rahsia Allah tersangatlah luas . Kuatkan hati . Fighting ;)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...