Thursday, May 14, 2015

Ikhlas



Assalamualaikum semua ;)

Aku sebenarnya tak ada idea nak tulis apa . Tapi , aku kesian tengok Encik Blog aku ni . Mesti dia sunyi kan ? Eccecehh . HAHA .

Dah hampir tiga minggu dah aku habiskan Semester 6 . Rasa macam tiga tahun yang aku lalui macam dalam mimpi . Orang yang aku jumpa satu persatu , ada yang masih stay dengan aku , ada yang dah hilang dari radar hidup aku . HAHA . Ada yang kawan aku hilang sejak aku Tingkatan 4 jumpa kembali , kawan baik aku semasa SPM bertemu kembali , tapi orang yang aku rapat sebelum tamat kuliah , sudah pun menghilang entah kemana . Senyap . 

Itulah hidupkan ? Aku pernah jatuh cinta dan putus . Sudah hampir dua tahun aku menjauhkan diri dari perasaan cinta . Menyukai seseorang sahaja membuatkan aku tak keruan apalagi berharap membuatkan hati aku terluka sekali lagi . Tapi , selepas apa yang terjadi , aku harus faham . Mungkin , orang yang aku suka tidak semestinya akan menjadi milik aku . Atau , mungkin masanya belum sampai .

Dan , tentang kawan-kawan banyak mengajar aku untuk kenal orang , faham perangai orang , buatkan aku sedar apa yang salah dan apa yang betul . Dan , aku berharap kalau mereka berkawan sebab mereka sukakan aku . Tapi , lain pula yang aku dengar kalau kalau dia orang berkawan sebab nak belajar , sebab itu , sebab ini . Aku tahu , aku tak ada apa apa pun sebenarnya . Aku pun tak adalah cantik dan pandai sangat . Tapi , aku pun taknaklah kedekut ilmu dengan orang . 

Aku cuma berharap kalau satu hari nanti ada orang yang betul-betul ikhlas dengan aku .

Bukan sebab aku pandai .
Bukan sebab aku comel . HAHA .
Bukan sebab aku ada nota dan aku terlalu baik dan mudah di ambil kesempatan .
Tapi , sebab aku adalah aku .

Awak , ikhlaslah dengan saya . Saya sukakan awak dengan ikhlas . 
Kalaulah awak tahu , betapa ikhlas dan tulusnya saya .
Entahlah .

Dan , tahniah buat kawan-kawan aku yang capai AKJ atau pun dekan pada semester terakhir lepas . Mungkin , aku tak ada rezeki dalam mencapai pointer terlalu tinggi ni . Tak apalah , janji dapat 3.00 ke atas pun dah dikira bersyukur . Cuma , aku berharap , adalah rezeki aku nanti untuk aku tolong mak ayah aku . Untuk aku bina masa depan aku satu persatu , aku dah ada pun perancangan dalam masa lima tahun yang akan datang .

Aku sudah pun menghadiri beberapa interview sejak habis belajar ni . Tapi , bukan dalam bidang aku dan mungkin aku tak berapa sesuai dalam skop tugas dia . HAHA .

Isnin ni ada interview lagi . Tapi , dalam bidang aku lah . HAHA . Untuk mendaftar di semua portal pekerjaan pun aku dah . Mungkin , aku kena rajinkan diri cari kerja . Kadang-kadang , kerja dah bagus tapi terlalu jauh pula . Nak sewa bilik pula , macam rollingkan duit aku jeh . Duit permulaan pun belum ada lagi untuk semua tu . Lagi-lagi orang yang tak ada kereta macam aku lagilah payah . Tak apalah , aku kerja biasa-biasa dulu untuk kumpul duit . Ataupun , mana tahu ada rezeki nak kerja di syarikat yang berdekatan dengan area rumah aku . Alhamdulillah .

Bila sudah lama tinggal di rumah , selalu bersendirian membuatkan aku berasa sepi . Semangat aku jatuh . Entah mana aku yang suka mencabar diri sendiri . Hanya disebabkan seseorang aku jatuh sebegini . Semangat aku hilang apa entah lagi pekerjaan separuh masa yang aku pohon belum ada panggilan . Mungkin , aku tiada rezeki . Aku betul-betul mahu bekerja . Entahlah . Ya Allah , pulihkanlah hati aku , kuatkanlah hati aku . Aku tahu aku sedang diuji . Allahu ;)

Bulan 9 ni , ada rezeki aku nak sambung PJJ . Harap aku dapatlah . Nak sambung makan masa 4 tahun kut . Boleh habis masa aku umur 25 tahun . HAHA . Macam manalah rupa aku umur 25 nanti . Harap aku makin tinggi . Tak bestlah tinggi sekarang . HAHA .


Korang doakanlah aku supaya dapat kerja dan permudahkan urusan . InsyaAllah . Amin .

Okaylah . Cukuplah luahan hati aku setakat ni . Bye .




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...