Monday, June 1, 2015

Masa




Aku pulang dari tempat kerja dengan hujan renyai-renyai . Kaki kananku basah . Tadi dalam bas duduk tepi tingkap melihat hujan turun dengan lebat sambil mendengar lagu Potret . Terasa sedih pula . Aku masih memandang tingkap bas yang kabur dengan air hujan yang turun . Entah kenapa tubir mata terasa panas . Segala ingatan turut melimpah keluar . Bertukar satu persatu mengikut lirik lagu .

Ya Allah , Mastura . Jangan lemah ! Kuatkan hati ! Baru pagi tadi dah semangatkan asal tetiba down ! Aishhh ! Aku marah diri sendiri . Sukar untuk aku teruskan walaupun perit , aku kena teruskan juga . Hidup yang makin mencabar . Entah orang yang macam mana aku jumpa nanti pun belum tahu baik buruknya . Segala yang kabur pada masa depan sedikit menakutkan aku . Disebabkan apa yang akan berlaku akan diketahui selepas berlakunya peristiwa dalam hidup .

Bermacam-macam perkara keluar dari benak fikiranku . Sama ada tentang orang , kawan , keluarga , sahabat , kerjaya dan cinta . Semuanya meyerabutkan ! Menyampah ! Sampai sahaja rasa sedih , hati meruntun jatuh ! Bila bersemangat , hati berkobar-kobar ! Benci dengan perasaan sementara ni . Aku harap dapat mengekalkan momentum ini .

Ohh , cepatlah masa mengubati hati . Allah , temanilah aku walau di mana pun aku berada . Hanya Kau saja mengetahui semua .

Masa , pergilah jauh dan ubati hati aku yang sedih .

Pergilah dan jangan datang lagi .





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...