
Assalamualaikum ,
Sudah lama aku tidak update blog ni . Pada Ahad 11.10.15 lepas aku dijemput hadir ke Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah Kali ke-10 . Alhamdulillah , hadir sebagai graduan yang menerima Diploma Kejuruteraan Awam secara rasminya setelah 3 tahun berjuang di bumi Sabak Bernam .
Sekarang ni , sudah masuk bulan ke-4 , aku bekerja sebagai Junior Draughsperson atau Drafter lebih dikenali sebagai Pelukis Pelan di Kuala Lumpur . Alhamdulillah , jikalau ada rezeki aku mahu sambung Pengajian Jarak Jauh di UTMSPACE nanti . InsyaAllah .
Dalam jangkamasa 3 tahun ni , bermacam dugaan yang aku lalui , segala
perasaan jatuh bangun sedih gembira suka duka , tangisan selalu
mengiringi langkahku tapi aku walau apapun takkan pernah putus asa . Aku
gagahkan jua melangkaui hari tanpa jemu . Alhamdulillah , inilah aku
pada hari ini . Terima kasih Ya Allah segala kurniaanMu pada saat ini
aku mensyukuri segala kebahagiaan yang aku lalui hari ini . Di luar sana
ada banyak lagi cabaran harus aku tempuhi , semoga Allah permudahkan
segalanya , InsyaAllah :)
![]() |
Terima kasih semua ;) |
3 comments:
tahniah mastura
tahniah mas:)
mas akak gune url baru ye..http://dearjeemacey.blogspot.my/
Congrats!!!
Post a Comment