Tuesday, April 26, 2016

Apa Khabar Semua :)


Apa khabar semua ?

Sihat ?

Alhamdulillah , Allah masih memberi peluang pada aku untuk menghirup udara di dunia ini . Aku masih bekerja pada tempat yang sama dengan pekerjaan pertama aku selepas aku tamat kuliah pada akhir April tahun lepas . Kira-kira sudah hampir 9 bulan aku di sini . Masih setia mengerjakan AutoCad serta Excel yang membuatkan lamunan aku jauh menembusi skrin komputer.

Jika difikirkan masih banyak cita-cita yang belum aku gapaikan. Sejak bulan Januari lepas aku sudah berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Aku bermula dengan Dropship pelbagai produk kecantikkan. Namun, aku mempunyai kekangan masa untuk mengiklankan di internet pada waktu kerja. Entahlah, mungkin salah aku juga aku meletakkan harapan yang tinggi malah meletakkan niat untuk kaya dan membantu keluargaku.

Alhamdulillah, adik aku sudah melanjutkan pelajaran. Nampaknya tanggungjawab tergalas berat di bahu kecilku. Hampir setiap hari aku berfikir akan masa depanku. Walaupun sudah tamat pengajian Diploma dan bekerja hampir setahun, fikiranku seolah tiada hala tuju. Terlalu banyak angan dan sedar. Terlalu banyak keinginan yang aku impikan. Terlalu banyak kerisauan yang aku andaikan.

Kekasih hati aku yang aku impikan sudah beberapa bulan menemani hatiku yang selama ini sepi. Jika segala yang aku inginkan tercapai setelah berdoa beberapa tahun yang lepas, mungkin aku harus menunggu beberapa tahun yang akan datang.

Doakan aku.

4 comments:

Sally Samsaiman said...

6 month and finally! semoga sihat selalu hendaknyaa

Pha Is said...

smoga segala impian tercapai.. amiin..

pergh, sally si blogger popular mai singgah sini dulu.. hahaha

W. Mastura said...

Terima Kak Sally dan Abang Pha Is :)

Pha Is said...

dah tahun 2017 dah nih..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...